Tuesday, October 12, 2010

Aku dan Choki Choki


salam..
entri ini kutujukan buat para pembaca yang berkaitan dan yang berminat untuk baca. pendek sahaja. lain daripada entri yang lain. tapi ada sedikit maklumat yang ingin dikongsikan

Choki-choki merupakan pasta coklat yang sedap. ramai orang suka makan. orang besar pun suka makan. aku pun suka makan. dari dulu sampai sekarang. (kahkahkah..macam ayat aku waktu kecil)

jika aku makan benda ni sekarang, aku dapat merasakan terdapat mata yang memandang pelik terhadap aku. adakah patut mahasiswa tahun akhir ini makan makanan budak-budak?. mengaku penggerak Islam tapi perangai macam budak-budak. dan aku? aku tak kesah. janji aku dapat choki-choki aku..

tahukah anda:
jumlah tenaga dalam makanan disukat dengan unit kalori..
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan. (sumber: google)

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori

Choki-choki (satu batang) = 60 kalori
Choki-choki (sebungkus) = 60 x 5 = 300 kalori

harga nasik = RM1
harga Choki-choki = RM1.20 (dulu murah gila-gila)

nasik x sedap. choki-choki sedap. rasa nasik sepatutnya manis (kalau kamu tahu lah). tapi nasik sekarang?..haha..orang tak dapat makan kalau xda lauk!.

catatan:
1) bandingkan harga dan tenaga, mereka comparable
2) sebagai orang yang perasan sibuk, aku boleh makan choki-choki sambil naik motor. nasik?
3) sebagai orang yang perasan sibuk, aku boleh makan choki-choki bila2 masa dan di mana sahaja. nasik? kecuali puasa dan dalam tandas.
4) sebagai orang yang perasan cergas, saya memerlukan banyak tenaga tambahan
5) kawan2 palapes aku cakap, kalau diorang masuk hutan, diorang bawak coklat banyak-banyak untuk tenaga. kita? bayak megi.. agak lah.
6) maklumat ni suma aku amek di GOOGLE. kalau ada salah, gtau aku segera..

~makanan halal, makanan baik. kita perlukannya~ kamsar, 13th oktober 2010, 10.00am~

~ada soalan?

5 Perbincangan:

Unknown said...

Hahahha! I pun suka makan choki2...

SAR said...

Setuju dgn 'memberi tenaga'..
setiap kali ada aktiviti berat, camping atau masuk hutan memg di arahkan bawak coklat.

Lagenda said...

Nasir: apa kabar sitok? lama sikda berita..

ada org mempersoalkan makanan ni tiada logo halal jakim. jawapan:
1) sebab produk ni dari indon. cop logo mmg la bukan jakim
2) syarikat dia dapat anugerah makanan halal. cari sendiri lah link website dia ya. lupa dah

PS: napa SAR? its my name u know..

violet biru said...

choki2 makanan ketika mengambil gambar. wajib ada dalam bag =)

uknown33 said...

Jadi choki choki ni halal kan
.. kenapalah ada pihak2 tertentu kata tak halal...haih..mcm2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code