Kini maktab tempat Chen Chung belajar sunyi sepi. Semua pelajar kembali ke rumah masing-masing untuk cuti semester yang panjang. Tapi jenayah tidak akan pernah bercuti. Satu pembunuhan telah berlaku di Hutan Lipur Sungai Congkak. Seorang lelaki warga Iran telah mati dibunuh. Dalam keadaan maklumat yang terbatas, Isamu, Chen Chung, Ruzbihan dan Faruq berganding bahu menggunakan IQ dan deria keenam mereka untuk mencari pembunuh yang tidak disangka-sangka.
Mihrimah Maryam telah menerima tugas berat selepas menunaikan umrah bersama keluarga apabila 6 lukisan terkenal dunia telah dicuri di dewan pameran dubai. Maryam bersama dengan beberapa pelajar maktab indigo lain yang diambil dari cawangan yang berlainan berganding kepakaran menyelesaikan misteri tersebut dalam keadaan masa yang terbatas.
Manakala di tempat lain pula, Zaitun telah menjadi suspek utama dalam satu kes pembunuhan yang berlaku di sebelah rumah beliau. Saksikan bagaimana beliau akhirnya membantu menyelesaikan satu kes pembunuhan yang pelik dan seterusnya mennyelesaikan masalah penderaan seorang warga emas hartawan.
Di hujung cerita semasa semester baru bermula, mereka dikejutkan dengan kehadiran sepasang kembar pelajar baru bernama Hasan dan Husin. Setiausaha agung OIC dan Prof Recep Gul telah diculik. Penculik tersebut mengkehendaki keenam-enam pelajar detektif indigo untuk menjadi tebusan…
Catatan:
1. Sekali lagi banyak maklumat
2. Cara kematian dan pembunuh memang tidak disangka-sangka
3. Mereka semakin terkenal!
“seorang penakut + seorang penakut = dua orang BERANI!”
~Kamsar, 29 September 2010, 2.40am~
~Kamsar, 29 September 2010, 2.40am~
Tajuk: Ikan Fugu, Lukisan & Jimson
Tebal: 267 mukasurat
Penulis: Faisal Tehrani
Harga: RM16.00
Kedai: Kinokuniya KLCC
Penerbit: Utusan Publication & Distributors SDN BHD
0 Perbincangan:
Post a Comment