Tahukah anda,
=)Nabi Muhammad dilantik menjadi utusan Allah ketika berusia
40 tahun.
=)Jaafar bin Abi Talib dilantik menjadi ketua rombongan hijrah ke Habsyah ketika berusia
20 tahun.
=)Mus’ab bin Umair dilantik menjadi wakil Nabi di Yathrib/Madinah untuk berdakwah ketika berusia
24 tahun.
=)Umar Abdul Aziz dilantik menjadi gabenor Madinah ketika berusia
25 tahun.
=)Usamah bin Zaid dilantik menjadi panglima tentera Islam membebaskan Palestin ketika berumur
18 tahun.
=)Imam Syafi’e diberi kepercayaan mengeluarkan fatwa ketika berusia
15 tahun.
=)Kamsar bin Muhamad Bahron telah memenangi pilihanraya sekolah dan dilantik menjadi Naib Ketua Pengawas SMK Abaka Tawau ketika berusia
16 tahun.
So what?Kalau mereka semua berada di zaman penulis, maka ia akan jadi begini..
=)Jaafar bin Abi Talib dilantik menjadi ketua rombongan hijrah ke Habsyah ketika berada di tahun 2 Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal UTM.
=)Mus’ab bin Umair dilantik menjadi wakil Nabi di Yathrib/Madinah untuk berdakwah ketika menghabiskan tesis master beliau.
=)Umar Abdul Aziz dilantik menjadi gabenor Madinah ketika menjalani latihan sebagai junior engineer.
=)Usamah bin Zaid dilantik menjadi panglima tentera Islam membebaskan Palestin ketika belajar di Kolej Matrikulasi Labuan.
=)Imam Syafi’e diberi kepercayaan mengeluarkan fatwa ketika ingin mengambil PMR di SMK Abaka.
=)Kamsar bin Muhamad Bahron telah memenangi pilihanraya sekolah dan dilantik menjadi Naib Ketua Pengawas SMK Abaka Tawau ketika berusia 16 tahun.
Kalau kita melihat kebelakang, kepimpinan dan sejarah pemimpin-pemimpin terdahulu cukup banyak untuk dibaca dan diteladani. (kecuali yang terakhir tu). Dan tahukah anda, mereka semua adalah golongan belia.
Menurut Kementerian Belia dan Sukan, belia adalah rakyat yang berusia di antara
15 hingga
40 tahun (Malaysia).
Perkataan belia dulunya merupakan perkataan yang sangat berkuasa. Mereka adalah golongan yang mengalami klimaks dalam hidup. Segalanya dilakukan dengan sepenuh hati dan seluruh kekuatan. Seperti kisah-kisah para Rasul dan sahabat Baginda, mereka adalah
LAGENDA yang menyejarah.
Namun kini, perkataan itu semakin menjadi kotor dan jijik. Ia sering dikaitkan dengan masalah sosial, golongan yang bermasalah, golongan yang keliru dengan identiti diri dan kelompok yang sering memberontak.
Buku Menjadi Belia Cemerlang karangan Pensyarah Fakulti Tamadun Islam UTM ini menyingkap mengenai siapa sebenarnya golongan belia ini. Satu golongan yang sebenarnya mempunyai kuasa pengubah dan pengaruh yang sangat besar. Beliau (
Ust. Mohd Ismail Mustari) turut memuatkan beberapa formula untuk mengekstrak bakat dalam diri belia dan turut membentangkan beberapa kajian yang pernah dibuat berkaitan dengan belia.
Diribut runduklah padi,
Dicupak Datuk Temenggung,
Hidup kalau tidak ber
budi,
Duduk tegak berdiri canggung.
Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa adalah
budi,
Runtuh budi runtuhlah bangsa.
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu
budi,
Yang indah itu bahasa.
Mahasiswa adalah kelompok yang dipinjamkan oleh masyarakat untuk menuntut ilmu. Maka, satu hari nanti mereka mesti kembali kepada masyarakat untuk berkhidmat. ~tak tahu siapa, 2009
Catatan:1. Saya adalah belia2. Belia adalah asset Negara yang perlu digilap potensi mereka. (Ismail, 2006)3. Ust Ismail ambil jurusan dakwah.Tajuk: Menjadi Belia Cemerlang
Tebal: 207 mukasurat
Penulis:
Ust Mohd Ismail MustariHarga: RM24.00
Kedai: Quong Ming Bookstore Tawau
Penerbit: PTS Professional
4 Perbincangan:
salamun 'ala manittaba'al huda...
hahahaha...
lucula kamsar nih...
tak kering gusi sy dibuatnya...
good job kam...
asalamualaikum..... hahahahahahahaha aishhhhhhhhhh... kelakar tahap moksya.... bermanfaat tahap dewa.... semoga ada barakah
salamun 'ala manittaba'al huda...
subhanallah, hebat para mujahid dakwah itu..
wlm.
ha? part mana yang lucu? baru lah..
keyo: moksya tu nate gapo?
Post a Comment