Wednesday, July 10, 2013
Aku Rindu 90's
Sesiapa yang lahir pada penghujung tahun 80-an atau awal 90-an mesti mengaku 90-an adalah zaman kanak-kanak yang paling cemerlang dari segi jumlah cerita. Walaupun manusia dari zaman lain akan menafikannya namun pendirian ini tidak akan berubah.
90-an adalah zaman kanak-kanak bermain dengan tanah, selut, padang, sungai, keringat dan badan calar. Permainan digital masih lagi petak-petak. Dari susun bata hingga lumba kereta, semua berpetak. Anak orang kaya yang mampu beli barang mahal pun setakat main Super Mario badan kotak-kotak.
Buku ini mengimbau kembali kenangan penulis tantang zaman kanak-kanaknya pada tahun 90-an dan awal 2000 sama ada yang betul atau yang digaul. Apa yang pasti, keseronokan zaman ini sama sahaja dengan kampung di tampat aku membesar, Sabah.
Amaran keras: aku baca buku ini dalam bas, penumpang lain yang sibuk dengan telefon pintar masing-masing pandang aku semacam sebab ketawa sorang-sorang. cemburu lah tu!.
"Ketika evolusi permainan konsol, ada satu konsol yang dinamakan Digivise. Konsol ini wajib dipunyai oleh setiap orang, kalau tak ada, dia busuk! konsol ini saiznya kecil, sebesar tapak tangan. Permainannya pula simple, seperti membela seekor haiwan peliharaan. Bezanya haiwan peliharaan perlu diberi makanan dan dijaga dengan betul, tetapi haiwan ini berbentuk digital, dengan kata lain, tidak nyata.Orang mula hidup dengan dunia khayalan, salah satu sebabnya manusia sentiasa rasa bersendirian. kalau tak, masakan Facebook, Twitter, Myspace untung berjuta-juta."
Tajuk: Aku Rindu 90's
Tebal: 136 mukasurat
Penulis: Wan Shafiq
Harga: RM20.00
Kedai: Kinokuniya KLCC
Penerbit: Lejen Press
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Perbincangan:
Post a Comment