Monday, July 8, 2013
Nasionalisme, Islamisme dan Marxisme
Ideologi: Fahaman yang dicipta untuk mengatasi kelemahan sistem yang sedia ada.
Nasionalisme:
*Sejenis ideologi
*Pertahankan kedaulatan negara
*Konsep identiti bersama / budaya
Marxisme:
*AKA Ideologi Komunisme
*Penentangan terhadap Kapitalisme
Islamisme:
*Gerakan kebangkitan Islam pada abad moden.
Semasa memperjuangkan kemerdekaan, Suekarno melihat perpecahan adalah salah antara penghalang utama menuju kemerdekaan Indonesia. Semakin ramai rakyat yang sedar tentang pejuangan kemerdekaan, semakin banyak pula fahaman yang menjurus ke arah matlamat tersebut. Masalahnya, perbezaan fahaman dan ideologi membawa kepada perpecahan pejuang kemerdekaan yang pada hakikatnya mempunyai matlamat yang satu.
Menyedari hakikat ini, Suekarno menulis sebuah catatan yang mengajak ahli gerakan ini untuk bersatu menentang musuh yang sama. Beliau mencurahkan idea dan harapan ke dalam catatan ini yang kemudiannya dicetak dan disebarkan dalam banyak bentuk media massa untuk membuka mata rakyat tentang siapa sebenarnya musuh mereka.
Catatan itu akhirnya diulang cetak dan disimpan menjadi manuskrip berguna hingga ke hari ini.
*Buku ini aku jumpa di sebuah kedai buku 'wajib kunjungi' di hadapan Masjid India. Sambil-sambil menunggu Mak, Ayah, Nenek, Kakak ipar dan nenek lagi seorang membeli belah, kedai buku ini mampu jadi penghibur.
*Gaya bahasa yang memeningkan, tapi aku rasa isinya sangat penting. Walaupun aku tidak terlalu faham apa yang penulis mahu sampaikan, nanti aku baca lah balik...
"Dan djikalaoe kita semoea insjaf, bahwa kekoeatan hidup itu letaknja tidak dalam menerima, tetapi dalam memberi; djikalaoe kita semua insjaf, bahkan dalam pertjerai-beraian itu letaknya benih berbudakan kita..." ~Ir. Soekarno
Erti hidup pada memberi..
Tajuk: Nasionalisme, Islamisme dan Marxisme
Tebal: 100 mukasurat
Penulis: Ir. Soekarno
Harga: RM15.80
Kedai: Fajar Ilmu Baru KL
Penerbit: Kreasi Wacana
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Perbincangan:
Post a Comment