Tuesday, July 9, 2013

Geraham ketiga


‘Saya bagi encik MC empat hari termasuk ahad. Kemungkinan bahagian tu akan bengkak dalam tiga hari tapi jangan risau sebab kami akan bagi ubat untuk bengkak tersebut. Jangan merokok, jangan makan makanan keras, jangan makan makanan panas. Ada soalan?”

‘bwah bwi, uwah wi wawih wi wauweh wawah wa?’

‘Ya. Semua ubat ni ambil di farmasi. Jangan hairan kalau ada ubat yang perlu makan 16 biji sekaligus. Itu memang diskripsi yang sebenar. Ada apa-apa lagi?’

[Jeda]

‘Ala.. sikit ja pun. Kalau semua gigi taka da pun tiada masalah.” Lidah mula membuat provokasi.

‘Betul. Sepanjang pengalaman aku, semua aku sudah lalui. Makan nasi kosong, spageti kosong, makanan basi, makanan paling pedas, tak makan. Paling teruk aku sakit pun gara-gara makan terlalu banyak.” Perut mendabik.

‘Wawi, bwah wah bwah wahahwi wan!.’ Gigi geraham ketiga sebelah kiri cuba membela. Mana mungkin dia biarkan kaumnya diperlekehkan sebegitu.

Allah tidak ciptakan sesuatu itu sia-sia. Nasihat geraham ketiga sebelah kanan masih segar di ingatannya. Geraham ketiga sebelah kanan sudah sakit sejak enam tahun lalu dan penyakitnya menyerang semakin kerap sejak kebelakangan ini sebelum dia dibunuh dan dibuang daerah oleh dua orang berpakaian hijau, bertopeng dan bergogel.

‘Kau diam! Puihh. Aku memang gembira si tak guna tu mati. Puih. Asalkan bulan puasa aku mahu nikmati nasi ayam kukus bazar Ramadhan, dia buat hal. Asalkan hari raya aku mahu cekik buras dan ayam masak merah, dia buat hal. Puih!’ Tekak tidak mahu ketinggalan walaupun dia sibuk mengatur peredaran enzim amilase pada masa tersebut.

‘kah kah kah.. gaduh macam budak-budak! Buang masa ja kamu layan tulang tak guna tu. Lagipun nanti sekor-sekor akan gugur jugak.’ Rektum menyambung lena. Rasanya dia yang paling kurang buat kerja di tempat itu.

[Jeda]

Makan semangkuk sup cendawan segera. Masin. Muak. Tidak kenyang.
Masak satu periuk bubur nasi. Tiada rasa. Campur sup ayam. Hambar.
Susu segar campur yogurt campur tiga keping biskut oat crunch. Muak. Loya.
Minum air banyak-banyak. Kenyang sementara. Kembung.

[jeda]

Hari itu hari pertama bekerja selepas menerima rawatan. Tiada tenaga. Tekak tidak seindah dulu lagi. Semua yang ditelan terasa kelat. Lidah tertipu. Perut berkeroncong dipenuhi air dan angin. Dan Rektum tidak pernah berehat. Dia tahu walaupun otak memaklumkan hanya angin yang menumpang lalu, tapi sebenarnya ia lebih dari itu.

Tiga kali… unuk sesi pagi sahaja…

Di satu sudut lain, Geraham duduk termenung dan memanfaatkan waktu rehat yang diberi. Dia tahu hidup mesti diteruskan walaupun usaha dan nilainya diperlekeh. Dia kan kuat. Kalau tidak masakan Nabi pernah bersabda,

"Kamu mestilah berpegang dengan sunnah (Islam) sehingga sekalipun sampai ke akhir zaman wujud dua golongan penyeru. Ada penyeru berada di pintu neraka dan satu golongan lagi pendakwah dijalan kebaikan".
"Tanya sahabat, bila berlaku demikian, apa yang kami mesti buat? Sabda Baginda : Kamu mestilah berjalan dalam jamaah. Kalau tidak ada jamaah kamu gigit sunnahku ini dengan geraham sampai kamu mati."


..
 Selamat berpuasa. Semoga puasa kali ini lebih penuh dari puasa sebelumnya.
..

0 Perbincangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code