Beberapa hari buntu memikirkan tentang ikan yang aku bela selama satu semester. Anak sulung sudah membesar separuh daripada saiz induknya. Ada yang cadangkan supaya dilepaskan di tasik. Dan ada yang cadangkan supaya diwariskan kepada orang lain. Beberapa hari berfikir, aku ambil cadangan pak cik aku. “kalau berani, gamble lah. Bawak gi sana dalam bekas yang boleh dipercayai. Kalau lepas, lepas la. Kalau tak lepas, haaahahahaha..”
Semasa tahun tiga, aku guna terlalu banyak kredit telefon (jangan fikir bukan-bukan). Apabila hampir tiba di penghujungnya, baru aku terfikir untuk simpan benda ni. Dalam perancangan, aku ingin membina sebuah rumah kecil daripada bahan ini. Tapi tak sempat. Titik.
Dalam apa-apa program, perkara yang menjadi kebiasaan adalah menyediakan fail untuk para peserta bagi menempatkan handout program. Ia mempunyai banyak perbezaan. Ada yang kotor berlumpur menggambarkan bentuk program yang lasak. Ada yang sangat bersih dan tidak berkedut sedikitpun menggambarkan bentuk program yang sangat selesa. Ada yang berconteng penuh dengan lakaran, kartun dan ayat-ayat chenta menggambarkan kebosanan program tersebut. Tapi ada satu persamaan diantara kesemuanya. Semua fail mempunyai pattern yang sama iaitu fail kertas yang murah. Termasuklah program besar HEMA dan PMI. Waahahahaha.
Masa aku tahun dua, aku pernah minta pak cik aku tuliskan huruf-huruf yang ada dalam bahasa bugis. Terdapat beberapa huruf (bengkang bengkok) yang ada dalam senarai. Manakala untuk setiap huruf, terdapat 5 baris yang berbeza untuk memberikan bunyi a,e,I,o,u. Ini bermakna, cara penulisannya adalah lebih kurang dengan bahasa arab. Masalah paling besar adalah, aku hanya jumpa benda ni terselit dalam sebuah fail semasa mengemas bilik!.
Semasa mengemas barang, setiap kertas yang ingin dibuang akan diperiksa terlebih dahulu. Salah satu kertas yang ditemui adalah nota biologi/sains ini. Masalahnya, aku pelajar mekanikal. Macam mana aku boleh ada nota system reproduksi organisma ni?
Dan..
Aku pernah jadi naqib usrah remaja beberapa ketika dulu (padahal pelajar sekolah rendah). Salah satu modul yang aku buat untuk mengenali mereka adalah menyuruh mereka melukis apa sahaja yang terlintas dalam fikiran mereka. Inilah hasilnya!. Waaahahaha.. sama ada mereka terpengaruh dengan TV atau mereka berimaginasi tinggi, aku harap ia sesuatu yang baik.
Ini adalah antara cenderahati yang orang selalu bawa pulang dari Tawau. Masakan aku akan bawa balik lagi kalau aku boleh bagi orang yang tidak ada rezeki untuk pergi ke Sabah.
Semasa aku menyusun fail, aku terasa seperti bilangan sijil aku terlalu banyak untuk orang yang seperti aku. Bila aku periksa, rupanya setiap sijil aku ada dua lagi salinan fotokopi di belakangnya. Aku masih ingat sebelum masuk UTM, aku pergi ke rumah ketua kampung dengan sijil-sijil ini. Aku jadi tukang COP dan dia jadi tukang tanda tangan. Lenguh jugak aku tengok dia sain.
Catatan:
1. Kalau nak masuk UTM, tak perlu fotostat semua sijil walaupun diminta berbuat demikian. Kalau perlu pun, boleh buat di UTM.
2. Sehari mengemas bilik, memori aku di-refresh untuk empat tahun
3. Oh ya. masa update ni baru aku ingat. aku pernah ajar tuisyen. masa tu salah satu subjek adalah sains. jadi, tu adalah nota sains. bukan bio.
Lampiran
Pesanan untuk yang lain, kalau nak hantar barang melalui pos, pastikan kotak itu berbalut dan ada alamat kepada dan daripada. Kalau tidak, anda akan jadi ajk cenderahati on-the-spot di pejabat pos macam kami.
Aku akan merindui tempat yang berbau harum ini. Kad diskaun 10% aku akan luput pada 11-11-11. Ini bermakna, aku masih boleh berfoya-foya di sini masa konvokesyen!.
Aku juga akan merindui sahabat-sahabat, teman-teman, kawan-kawan, rakan-rakan dan cewak-cewak di UTM. Babai!
2 Perbincangan:
(walaupun ini akan membuat ko bangge gile/teruja/action/kembang,tp nk tulis gak=)) aku suka baca blog ko.tp takde butang like...huhu.
waaahahaha..
(( .. ))
awas! ini adalah hidung!
tq. butang like ada di bwah setiap entri
Post a Comment