Saturday, April 26, 2014
Masa
Hujjatul Islam Imam Ghazali pernah berpesan kepada muridnya, benda yang paling jauh adalah masa lalu. Ia tidak akan kembali walau hanya satu saat yang baru sahaja berlalu.
Kipas syiling masih berputar laju. Tapi tidak mampu menghasilkan angin yang cukup untuk menyeimbangkan suhu yang agak panas dari luar. Itu tandanya ia perlu dibersihkan. Lain kali lah...
Bunyi hon lori penjual ikan basah memecah kesunyian. Memanggil ibu-ibu membeli ikan segar untuk santapan suami yang sedang bekerja dan anak-anak yang sedang bersekolah.
Kedengaran juga suara kanak-kanak kecil bermain di tepi rumah bawah pokok rendang. Ada yang bermain masak-masak. Ada yang bergaduh adik-beradik dan ada yang berkejaran mengelilingi kereta.
BB membuka mata perlahan. Menggeliat sedikit lalu mencapai telefon. Semua mesej di peti masuk dan wasap dibaca. Semua notification Facebook diperiksa. Lalu jam digital Diperiksa.
"Ahh.. belum tengah hari." Kata BB sambil memeluk erat bantal gemuknya. Selimut hanya diletak di kaki kerana ia sudah tidak releven dengan suhu sekarang. Aaahh... kasihan masa lalu dibiarkan pergi.
~Terima kasih Allah atas segala-galanya. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas tapi tidak sebaik tahun-tahun mendatang. Whoa! ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Perbincangan:
Post a Comment