Friday, April 11, 2014
Miracle in Cell No.7
Ini bukan cerita Hantu atau ET. Ini hanyalah sebuah cerita biasa dari Korea. Seorang ayah yang mengalami masalah mental (bukan gila) tapi jiwanya penuh dengan kasih sayang. Juga seorang anak perempuan yang comel dan bijak serta sangat penyayang terutama kepada bapanya.
Konflik bermula apabila bapa kepada budak perempuan tadi ditangkap polis atas tuduhan mencabul dan membunuh seorang kanak-kanak. Namun kasih sayang telah menemukan dua beranak ini di dalam penjara dan penonton dihiburkan dengan gelagat seorang kanak-kanak perempuan tinggal di dalam cell No.7 bersama lima orang banduan.
Dan sebelum lupa, ini adalah cerita sedih. Persediaan penting untuk menonton filem ini adalah tisu dan ruang privasi untuk bersendirian. Whoa!
P/S: Aku cadangkan pengarah filem Malaysia terbitkan cerita begini kalau betul-betul mahu memberi pengajaran kepada penonton. Bukan cerita gangster dan mat rempit yang bahkan menjadi ikutan. Contohnya, cerita tentang seorang ayah yang ditangkap polis kerana mencuri beras untuk diberikan kepada anaknya yang kelaparan.
Oh ya.. Lupa pulak. Filem Malaysia mana boleh ada watak Pemimpin negara dan polis jahat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Perbincangan:
Post a Comment