Thursday, April 7, 2011

Certot: Seronoknya jadi Ayah

gambar hiasan: sorang anak menunjukkan keputusan cemerlangnya

Cerita 1

seorang bapa sedang melayan rancangan televisyen terkenal di RTM1, Gerak Khas. Seperti biasa, milo suam kurang manis gelas besar dan biskut kering Hup Seng setia disisi. Hatinya sangat tenang melihat usaha Polis Malaysia bersabung nyawa melawan pengkhianat negara setelah seharian bekerja.

Tiba-tiba, anak lelaki kepada bapa tersebut yang berusia 13 tahun lalu di hadapan beliau dan terpijak tepi pinggan biskut Hap Seng beliau. Mengikut hukum Newton ketiga, pinggan tersebut terpelanting dan memuntahkan semua isinya.

[jeda]

Mata si anak memandang mata si ayah dan biskut di atas lantai secara bergilir-gilir. Mata si ayah memandang mata si anak, biskut di atas lantai dan aksi ketua polis Negara, Dato' Yusuf Haslam menembak perompak secara bergilir-gilir.

[jeda]

“hoi!!. Ko tak Nampak ka pinggan tuh?. Mata ko letak mana?. Kutip cepat sebelum pinggan tu jadi benda terakhir yang kau pijak!”

“ ok pak. Ok pak. Sori bos!”.


Cerita 2

seorang anak yang berusia 13 tahun sedang melayan rancangan televisyen terkenal di TV3, the Gransazers. Seperti biasa, milo suam kurang manis gelas besar dan biskut kering Hup Seng setia disisi. Hatinya sangat tenang melihat usaha manusia-manusia terpilih bersabung nyawa melawan makhluk asing setelah seharian bersekolah.

Tiba-tiba, ayah kepada anak lelaki tersebut lalu di hadapan beliau dan terpijak tepi pinggan biskut Hap Seng beliau. Mengikut hukum Newton ketiga, pinggan tersebut terpelanting dan memuntahkan semua isinya.

[jeda]

Mata si ayah memandang mata si anak dan biskut di atas lantai secara bergilir-gilir. Mata si anak memandang mata si ayah, biskut di atas lantai dan aksi Tenma Kudou menggunakan Chouseishin Mode untuk membunuh Bosquito secara bergilir-gilir.

[jeda]

“hoi!!. Yang ko letak penggan nih di tengah jalan buat apa?. Ko tak nampak ka orang nak lalu lalang di sini?. Kutip cepat sebelum biskut tu jadi benda terakhir yang kau makan!”

“ok pak. Ok pak. Sori bos!”.


~ramai orang tidak tahu bahawa dalam mata ayah ada cahaya…(FT)
Kamsar, 8 April 2011, 12.14pm

Catatan:
1. Seronoknya jadi ayah
2. Win-win situation. As always


Lampiran:

Anda adalah ahli seni yang mencorakkan mereka


mereka suka kepada Hero dan ingin menjadi sepertinya. kenapa bukan anda yang menjadi hero tersebut?

1 Perbincangan:

Sunah Sakura said...

okehhhhh...sangat nice..ingatkan si anak nak tengking balik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code