Friday, April 1, 2011

Tahniah kepada yang amalkan


Tahniah.
Dan AWAS!. Entri ini agak serius..


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)


Jubah

Masa aku tingkatan 5 dulu, aku dan kawan kelas ‘terpaksa’ ikut kelas tambahan yang kami panggil kelas AlBukhary. (Terima kasih kepada Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary kerana memberi kami yang malas ni peluang untuk belajar tuisyen secara percuma dan meminjam buku rujukan secara percuma). Masa tu, sebahagian guru yang ajar tuisyen adalah dieksport dari sekolah lain termasuklah guru kimia. Cara cikgu ni mengajar memang baik!. Semangat. Senang faham. Dan dia cikgu lelaki yang semestinya bersuara lantang.

Satu hari, dia keluar tajuk sikit dan bersembang pasal sunnah pakai jubah. Dia kata, memakai jubah sebagai sunnah tu bagus. Tapi kondisi di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun menyebabkan jubah adalah pakaian yang kurang selesa dipakai. Jika di padang Pasir, pakai jubah adalah tradisi masyarakat. Cuaca panas dan kering di sana membuatkan memakai jubah adalah cara barpakaian yang sangat selesa. Kelembapan udara yang rendah membantu orang yang pakai jubah sentiasa kering dari peluh dan tidak perlu kerap mandi. Kata cikgu itu sambil memberikan gaya angin masuk melalui bawah jubah.

Kami pun kata ‘ooo0ooo’..


Cincin

Kawan aku baru beli cincin. Dia kata dia beli murah di pesta konvo UTM. Dia rasa untung beli cincin cantik begitu dengan harga murah. Jadi, dia ajak aku beli sekali cincin cantik tu. Dan aku pun tolak dengan mudah.

Alasan aku mudah. Kalau aku pakai cincin, akan rasa tidak selesa. Jari rasa gatal. Rasa macam darah tak jalan. Sedangkan pakai jam pun aku rimas apatah lagi pakai besi di jari. (tapi aku pakai jugak jam tangan sebab aku tidak mampu menentukan masa dengan melihat matahari dan kelembapan udara malam).

Dia pun kata ‘rugi kawu!!’

Cincin Rasulullah SAW terbuat dari perak. Sedangkan mata cincin beliau adalah batu hitam Habsyi.
~HR Tirmidzi, Muslim, Nasa’I, Ahmad, dan Ibnu Majah


Janggut

Ada seorang ustaz di UTM. Dia selalu bagi pengisian setiap hari Isnin lepas asar di Masjid UTM. Dan yang paling penting, dia tidak ada janggut.

Satu isnin, masa dia bagi pengisian, dia sentuh tentang sunnah. Kelebihan ikut sunnah. Dan kerugian bagi yang tidak ikut sunnah. Satu perkara yang aku tertarik adalah masa dia cerita tentang janggut.

Rasulullah bela janggut. Siapa yang ikut sunnah bela janggut, dia beruntung. Dapat pahala. Tapi, dagu Ustaz tidak boleh tumbuh janggut. Jadi, ustaz tidak boleh la mengata orang yang ada janggut. Dan ustaz dengan berbesar hati mengucapkan tahniah kepada anak-anak semua kerana Berjaya membela janggut!.

Aku dan kawan-kawan lelaki yang berjanggut pun sengih ‘ngeeee..’


Jadi?

Sunnah bererti “cara” atau “kebiasaan”, dan dengan itu, sunnah nabi bererti “cara nabi”, atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. (sumber: wiki la..apa lagi)

Ada orang yang suka ikut sunnah Nabi. Tahniah!.
Ada orang yang tidak biasa ikut sunnah Nabi. Takziah!.
Ada orang perlekeh sunnah Nabi. Blah!.
Dan ada orang kata, Abu Jahal pun pakai serban derr.. betulkan niat.


Kesimpulan

Bagi sesiapa yang susah ikut sunnah Nabi, baginya perlu cemburu dengan orang lain yang suka ikut sunnah. Besar kebaikannya. Dan semoga kita terhindar dari golongan yang mencerca sunnah.

~kenapa perlu mencari idola jika mengaku Akhlak Rasulullah itu adalah Al-Quran.
Kamsar, 1 April 2011, 9.48pm

Catatan:
1. Belajar sunnah
2. Amal sunnah
3. Sampaikan dan ajak ikut sunnah.
4. Wlm
5. Ada soalan?
6. Ha? April fool?
7. Terima kasih kepada yang mengajar cara untuk meletak ayat Quran dalam entri tanpa perlu tukar jadi gambar.

2 Perbincangan:

Hafizhilmi said...

Melahirkan anak ialah sunnah yang Nabi tidak pernah lakukan.

Lagenda said...

Kamsar Muhamad Bahron and 15 other friends like this.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code