Dia mahu terbang:Dia pandang ke langit biru. Mendongak hingga hampir patah leher. Terlihat burung terbang dengan sayap terdakap di badan.
Dia melihat diri. Mengangkat ketiak untuk kali ke sembilan hari ini. Berharap tumbuhnya sayap bagai dijahit dengan jarum sebesar setengah kelingking.
Tiada sayap. Cuma bulu ketiak yang tidak pernah dirapi. Dia tidak boleh terbang.
Dia orang.
Bukan burung.
Buku ini kecil. Sekecil buku penerangan 1 Malaysia yang diberikan oleh wanita UMNO kepada mahasiswa UTM dalam satu program. Buku ini nipis. Hingga aku mampu menghabiskannya dalam sekejap masa. Buku pertama aku habiskan selepas pesta buku yang lepas. Sebab ia buku yang kecil dan nipis.
Aku panggil buku ini buku pelik. Sebab aku tidak tahu maksud tajuk buku ini. Aku boleh membayangkan setiap penceritaan dalam buku ini walaupun tidak masuk akal. Adakah ia untuk mengasah imaginasi atau cerita kontot yang sinis belaka?. Aku tidak tahu. Sebab aku tidak kenal siapa penulisnya.
MemoriDi bawah pohon ini kita melalui zaman kecil kita. Dengan berlari, kita menelusuri memori indah berwarna-warni. Penuh pelangi dan harapan yang tinggi. Dari kain selimut, kita bina atap rumah. Bersuluh lampu picit, kita makan baki cekedis itu bersama-sama. Sampai besoknya peluh kita boleh berbau seperti cekedis.
Sama-sama melihat lapangnya tanah yang kelihatan semakin mengecil. Pohon yang kelihatan semakin merenek dan rumah yang kelihatan semakin rendah hingga kita sudah mampu mencuit bingkai pintu dangan hanya sekali lompat.
Rupanya kita yang sudah semakin besar.
Perlahan-lahan meninggalkan zaman kecil kita bersama perca-perca daun di bawah pohon.
~
kadang-kadang, ada satu saat kehidupan yang tidak boleh digambarkan dengan hanya kata-kataKamsar, 26 April 2011, 12.13pm
Tajuk: Chika Sidinaali: Nyaman si Puding Roti
Tebal: 85 mukasurat
Penulis: Sang Freud Press
Harga: RM15.00
Kedai: PWTC: Pesta buku antarabangsa KL
Penerbit: Sang Freud Press, KL
3 Perbincangan:
kawu beli sebab tengok kulit buku kan! tak sikah!
Aku jeles... mahu jugak! ==" bila tah ada kesempatan pegi... duit baru terbang beli Minda Tertawan
kulit buku tu mmg ndak boleh blah. orang panggil pan Asian.
tapi aku tgk buku mcm buku rare.haha
DSK: kalau beli buku jangan pikir duit dulu. haha..
Post a Comment