10 Ramadhan 1409
Petang itu mereka sekeluarga baru menyempurnakan puasa kesembilan mereka. Juadah berbuka yang biasa. Sesuai dengan keadaan mereka di kuarters itu.
Usai solat maghrib secara berjemaah, mereka bersiap untuk pergi ke masjid untuk solat Isyak dan Terawih bersama-sama. Tentunya dengan berjalan kaki. Masjid hanya dalam 100 meter dari rumah. Tapi jarak itu agak jauh untuk si ibu yang sedang sarat mengandung.
Tiba-tiba sang ibu mengerang kesakitan. Mengadu kepada si suami bahawa masanya hampir tiba. Si suami dengan tenang memimpin ibu dan menyediakan tempat berperang yang selesa. Anak-anak yang masih kecil diperintahkan untuk meminta pertolongan.
[jeda]
Tepat pukul 8.15 malam, 10 Ramadhan 1409, bertempat di Kampung Jembatan Putih, seorang lagi umat Muhammad lahir ke dunia. Dia lahir dalam keadaan biasa. Seperti anak-anak lain juga. Telinganya diazankan. Disuapi dengan kurma dan telur kuning. Dididik dengan ilmu dan agama. Dipukul dengan rotan dan nasihat. Siapa tahu bahawa anak biasa ini akan menjadi lagenda…
[titik]
Masa aku tingkatan 1, guru kelas tanya setiap seorang tarikh lahir masing-masing untuk mengemaskini data pelajar.
Sampai giliran aku, aku jawab teragak-agak “18 Oktober 1988!”.
Cikgu aku terkejut. “kenapa palek lain di sini?”
“kalau ndak silap lah cikgu. Kalau silap, nanti balik rumah saya cek balik”.
Satu kelas ketawakan aku. Sebab tak ingat tarikh lahir sendiri.
Rupanya itu tarikh surat lahir aku dikeluarkan.
[jeda]
Kenapa aku tak ingat tarikh lahir?. Sebab aku tak raikan tarikh lahir. Kenapa aku tak raikan tarikh lahir?. Sebab aku tak nampak significant raikan tarikh lahir. Kenapa aku tak Nampak significantnya?. Sebab aku tak tahu lah pulak (pada ketika itu) kalau ko lahir pada tarikh yang sama dengan hari ini, ko mesti raikan!. Titik.
Ada apa dengan 26 haribulan April 1988?. Aku tak Nampak apa-apa pun. Kenapa perlu raikan kan an an an.. tapi ada sesuatu yang aku tahu.. ajal semakin mendekat walaupun aku juga tidak tahu sedekat mana ia berada…hua..
Kek yang aku dapat free. Orang bagi. Dia kata untuk hari jadi. Jadi aku jadikan ia sebagai kek hari jadi untuk tahun ini. (lilin tidak disediakan)
~benda yang paling dekat adalah ajal. Yang paling jauh adalah masa yang sudah berlalu (tak ingat imam mana)
Kamsar, 27 April 2011, 9.55pm
Catatan:
1. Aku dapat 107+6 wish hari jadi di facebook (sepanjang yang aku dapat kira). Semua orang menoakan kebaikan dari panjang umur berkat, banyak harta hinggalah keluarga. Jadi, sapa yang aku tak komen/doakan semula, sila gtau..
2. Aku dapat …. (malas nak kira) wish melalui sms. Sapa yang aku tak reply, sila gtau segera.
3. Umur aku tidak semakin panjang dan tidak semakin pendek. Masa terus berjalan. Jadi maknanya ajal semakin dekat. Ada bantahan?
4. ada jugak orang yang sangat rindu dengan hari jadinya. sebab tu aku selalu wish hari jadi orang.(kadang-kadang. haha)
0 Perbincangan:
Post a Comment