Sunday, June 19, 2011

Kembara Anak Muda 3: Kaki gunung di bawah bayu

Kembara Anak Muda 1: Semporna + Kunak + Tawau
Kembara Anak Muda 2: KRIS + Kota Belud


Hari ini hari jalan-jalan. Dengan jarak lebih 80 kilometer, destinasi kami jelas kelihatan di Kota Belud.

Singgah bersarapan di Nabalu. Destinasi kelihatan semakin besar.

Singgah di Sabah Tea. Sebuah kebun dan restoran teh yang segar. Dan AGAK sejuk.

Siapa sangka daun ini boleh menjadi sumber perisa minuman rakyat Malaysia.

AWAS! Ini bukan kulit album!

Bersatu dengan daun teh.

Tiupan angin di sini seperti angin yang keluar dari sebuah penyaman udara Panasonic dengan suhu 19 darjah.

Orang kata, penduduk di sini semuanya berkulit putih. Macam orang yang berada dalam penyaman udara sepanjang masa.

Rumput pun makhluk Allah juga. tapi adakah ia tidak boleh dipijak?

Ingat wajah-wajah ini. Kerana mereka akan menjadi lagenda suatu hari nanti.

War memorial park ini dibina untuk memperingati pejuang. Gambar di atas adalah untuk membina pejuang. Whoa!

Awas!. Sila jangan bandingkan gambar ini dengan gambar di atas.

Gambar yang bajet sambil menahan gigil. Di belakang sana sepatutnya gambar gunung kinabalu.

Dari kiri belakang: Gunung berapi tidur yang mempunyai banyak cerita.
Dari kiri tengah: orang metropolis, red warrior, Mr. Presiden, Ustaz, Captain Syazwan, orang KELANTAN, Kedah sejahtera.
Dari kiri depan: Tuan tanah.

Setiap hari, bunga ini disapa oleh awan yang lalu.

Gambar ini diambil semasa kami sesat di hutan pada waktu maghrib. Orang kata, kalau aku ambil gambar tanpa melihat tempat ini, akan ada ‘sesuatu’ pada gambar…

Laporan versi skema

Pengisian daripada Ustaz Abbas (Pengiring)
Rasulullah bersabda kepada Ali. Wahai Ali, bagi orang muslim itu ada tiga tanda. Bersegera taat kepada Allah, menjauhi perkara yang dilarang, dan berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya.

Senarai tempat yang dilawati:
1. Nabalu – tempat yang agak sejuk. Dapat melihat Gunung Kinabalu dengan jelas.
2. Sabah Tea – restoran teh yang segar. Bersebelahan dengan kebun teh.
3. Rumah panjang – bukan rumah panjang sebenar. Tapi lebih kepada rumah panjang yang menjadi tempat pameran dan sewaan bilik.
4. Poring – masuk bayar. Ada kolam air panas. Ada air terjun. Ada jambatan gantung. Ada kedai cenderahati di sepanjang jalan. Ada kolam mandi. Ada hutan. Ada kebun rama-rama. Dan ada yang aku tak ingat. Hahaha
5. Kundasang War Memorial – ada banyak bunga. Ada banyak tanda peringatan untuk tentera. Dan ada pemandangan yang sangat cantik bersama kinabalu.
6. Taman Kinabalu – kaki gunung Kinabalu. Sama tinggi dengan awan. Sangat sejuk. Ada hutan yang cantik.

2 Perbincangan:

Sunah Sakura said...

gambo macam retisss sudah ni... yang kat war memorial park cantekkkk! group nasyid mana ni... hehehe...

Lagenda said...

uitt..
retisss tu kuih apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code