Kembara Anak Muda 2: KRIS + Kota Belud
Hari ini hari jalan-jalan. Dengan jarak lebih 80 kilometer, destinasi kami jelas kelihatan di Kota Belud.
Tiupan angin di sini seperti angin yang keluar dari sebuah penyaman udara Panasonic dengan suhu 19 darjah.
Orang kata, penduduk di sini semuanya berkulit putih. Macam orang yang berada dalam penyaman udara sepanjang masa.
War memorial park ini dibina untuk memperingati pejuang. Gambar di atas adalah untuk membina pejuang. Whoa!
Dari kiri tengah: orang metropolis, red warrior, Mr. Presiden, Ustaz, Captain Syazwan, orang KELANTAN, Kedah sejahtera.
Dari kiri depan: Tuan tanah.
Gambar ini diambil semasa kami sesat di hutan pada waktu maghrib. Orang kata, kalau aku ambil gambar tanpa melihat tempat ini, akan ada ‘sesuatu’ pada gambar…
Laporan versi skema
Pengisian daripada Ustaz Abbas (Pengiring)
Rasulullah bersabda kepada Ali. Wahai Ali, bagi orang muslim itu ada tiga tanda. Bersegera taat kepada Allah, menjauhi perkara yang dilarang, dan berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya.
Senarai tempat yang dilawati:
1. Nabalu – tempat yang agak sejuk. Dapat melihat Gunung Kinabalu dengan jelas.
2. Sabah Tea – restoran teh yang segar. Bersebelahan dengan kebun teh.
3. Rumah panjang – bukan rumah panjang sebenar. Tapi lebih kepada rumah panjang yang menjadi tempat pameran dan sewaan bilik.
4. Poring – masuk bayar. Ada kolam air panas. Ada air terjun. Ada jambatan gantung. Ada kedai cenderahati di sepanjang jalan. Ada kolam mandi. Ada hutan. Ada kebun rama-rama. Dan ada yang aku tak ingat. Hahaha
5. Kundasang War Memorial – ada banyak bunga. Ada banyak tanda peringatan untuk tentera. Dan ada pemandangan yang sangat cantik bersama kinabalu.
6. Taman Kinabalu – kaki gunung Kinabalu. Sama tinggi dengan awan. Sangat sejuk. Ada hutan yang cantik.
2 Perbincangan:
gambo macam retisss sudah ni... yang kat war memorial park cantekkkk! group nasyid mana ni... hehehe...
uitt..
retisss tu kuih apa?
Post a Comment