“Ustaz, haramkah kalau saya memeluk-meluk bantal dan mengandaikan ia suami saya?”
Ustaz Agil semacam gamam sekejap. Serasa dada berdebur akan pecah. Belum pernah dia ditimpa soalan fiqah seperti ini.
Ustaz Agil semacam gamam sekejap. Serasa dada berdebur akan pecah. Belum pernah dia ditimpa soalan fiqah seperti ini.
Serius. Itu pandangan awal saya semasa membaca 15 cerita dalam buku ini. FT semacam ingin menulis sebuah buku yang mencurahkan idea beliau mengenai bab-bab semasa yang berlaku di dalam dan luar negara termasuklah bab pentadbiran dan perjuangan hari ini.
Ditulis dalam bentuk cerita, 15 buah cerpen (panjang) dibina dalam bentuk naratif dan dialog yang pasti mencabar minda pembaca.
“termasuklah globalisasi seperti Fitna ini. Lihat sahaja karyawan di Negaraku Malaysia, tiada seorang pun berasa terpanggil untuk menjawab Fitna. Mereka mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab. Masih merakam haru-biru mat rempit dan bohsia, selain menayang cinta murahan.” ~Antiplot
Beberapa buah cerita yang dimuatkan dalam buku ini merupakan satu teguran terus kepada pihak yang berkaitan termasuklah penerbit flem, pelaku politik, pendakwah dan sebagainya.
“aku mengambil keputusan meminjamnya. Aku ke kaunter pinjaman tetapi amat mendukacitakan, aku tidak dibenarkan meminjam kerana buku-buku pinjamanku sebelum ini telah melebihi had. Aku tidak mahu menghamun pekerja di kaunter pinjaman itu kerana dia tidak bersalah. Dia tidak menggubal undang-undang bodoh ini. ……………… kubatalkan hasrat itu, dengan azam untuk menambah ilmu, aku selamba mengoyakkan beberapa halaman penting yang diperlukan daripada buku-buku rujukan tersebut.”
“aku tidak mengharap untuk menerbitkan buku. Tapi aku perlukan kestiqamahan untuk menulis”
Kamsar, 26 Jun 2011, 8.03pm
Catatan:
1. Cerita ini serius
2. Banyak yang menyentuh realiti dan menjauhi cerita yang terlalu ideal.
3. Penulis memang seperti menulis buku falsafah. Cumanya dia buat dalam bentuk cerita seperti karya-karya sebelumnya.
4. Dia memang serius
5. Tidak semua pendapat dalam buku ini perlu dterima. Tapi amat menarik untuk dibincangkan bersama.
Tajuk: Tiga Kali Seminggu
Tebal: 198 mukasurat
Penulis: Dr. Faisal Tehrani
Harga: RM15.00
Kedai: PWTC: Pesta buku antarabangsa KL
Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
.
2 Perbincangan:
Salam saudara.
Elok la kiranya saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Lisa Ali, berasal dari Tawau dan juga peminat tulisan Faisal Tehrani...
3 kali seminggu merupakan himpunan cerpen sejak 2008 dan 2009.
Sebetulnya saya ingin mencari himpunan cerpen beliau yang ditulis akhir 90-an kerana pada tahun-tahun tersebut, saya telah jatuh cinta dengan karya Faisal Tehrani
Salam perkenalan dari saya...
wlm..bah.
banyak lagi tu. kalau zaman2 dulu punya, cerpen kanak-kanak pun ada
Post a Comment