Kucing yang penuh dengan kekecewaan.
Manusia diciptakan mempunyai akal dan nafsu.
Akal boleh menaikkan manusia lebih mulia dari malaikat.
Nafsu boleh menghinakan manusia lebih rendah dari binatang.
Awal bulan seperti biasa kilang aku akan buat monthly shutdown. Kilang berhenti beroperasi tapi pekerja jadi lebih sibuk dari biasa. Dalam situasi begini,orang yang tahu mengenai psikologi akan segera faham bahawa ramai manusia atau pekerja akan cepat marah dan melenting kerana suasana kerja pada hari tersebut sangat letih, panas, kotor dan berhabuk.
Langit sudah gelap. Kepala sudah overpressure. Rasa macam mahu tumbuk muka orang. Bibir sudah setengah inci muncung hilangkan senyuman. Aku capai Safety helmet, capai buku nota, capai kunci motor. Kerja tidak siap, peduli apa. Tangan digenggam kuat-kuat. Mana tahu ada orang pasang muka depan aku.
Aku masuk bilik sekuriti untuk punch out. Siap ada orang tanya lagi 'mahu balik ciiip?'. Aku tidak layan. Pergh!.
Aku start motor, blow.. Masuk gear satu, aku blow.. preeenggg!!! depan pekerja lain. Pergh!. Kalau ada yang tidak puas hati, boleh aku ajak selesaikan cara jantan.
Baru masuk gear tiga, sudah sampai kantin. Aku brek mendadak. masuk kantin macam perompak. Kalau boleh semua barang dalam tu aku mahu pecahkan. 'Air kotak! air kotak mana?!' aku tidak puas hati. Apa barang minum kola. 'habis!'. Isk.. kantin apa ni? air kotak pun tidak ada.
Aku buka peti sejuk beku. Aku ambil aiskrim cup bentuk kon dengan gagah. Aku bawa pergi kaunter minta sudu dan tandatangan buku hutang. Aku meluncur dengan Honda Wave balik rumah. Sampai di rumah, buka pintu macam perompak. Baling safety helmet. Simpan buku nota, pen, liquid paper, scarf, pendrive dan jam tangan. kemudian aku keluar semula duduk atas pagar depan rumah. Aku buka penutup aiskrim cup berbentuk kon. Aku cedok dengan gagah. Masukkan ke dalam mulut macam naga. Hmmmmm.... Aku tutup mata, sandar di dinding.
~kalau Selepas istighfar masih marah, Ambil air wudhuk. kalau masih marah, Pergi berendam. brruuuppp...
...
0 Perbincangan:
Post a Comment