Wednesday, October 16, 2013
Pedagogi
Beberapa hari lepas, gua baca buku Dubook Press pasal Sekolah bukan penjara Universiti bukan kilang. Apa yang penjara apa yang kilang pun gua belum tahu. Masa gua baca surat terbuka penulis untuk kakak ‘listen.. listen.. listen’, gua belajar satu perkataan baru. Pedagogi. Ilmu tentang pembelajaran. Menurutnya, perkataan berulang yang diucapkan biasanya untuk kanak-kanak seperti ‘salam uncle.. salam uncle.. salam uncle..’, ‘mai sini.. mai sini.. mai sini..’, ‘jangan kacau.. jangan kacau.. jangan kacau’ dan lain-lain.
[jeda]
Gua pergi hospital. Ada temu janji tapi tidak ada kad temujanji. Gua tanya abang kaunter, dia suruh tanya kaunter tempat temujanji. Gua tanya akak kaunter tempat temujanji, dia suruh tanya bilik tempat temujanji. Gua ketuk pintu dan jumpa akak bilik tempat temujanji di hadapan pintu dekat dengan ramai orang sakit dan sihat menunggu.
Gua cerita masalah gua
Dia kata dia tidak ada kad kosong mahu tolong isi.
Gua Tanya macam mana mahu dapatkan.
Dia kata mintak dengan bilik sebelah sebab dia tidak ada kad kosong mahu tolong isi.
Gua ragu sebab bilik sebelah sudah ada pesakit.
Dia kata dia tidak ada kad kosong untuk tolong isi.
Gua Tanya tidak mengapakah kacau bilik yang sudah ada pesakit.
Dia kata dia tidak ada kad kosong untuk tolong isi.
Orang sakit dan orang sihat sudah jeling.
Gua kata mahu pergi bilik sebelah tapi takut kacau orang yang dirawat dan orang yang menunggu.
Dia kata dia tidak ada kad kosong untuk tolong isi sambil bertanya sama ada gua faham atau tidak.
Gua senyum.
[jeda]
Akak bilik tempat temujanji menggelupur sambil memegang leher.
Gua berjalan keluar sambil menggaru-garu brachio-radialis.
Dah lama tidak Lariat orang.
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Perbincangan:
Post a Comment