Kemanisan musafir bermula dari enjin kereta dihidupkan.
Modus operandi untuk Pesta Buku Antarabngsa Kuala Lumpur (PBAKL’11) kali ini lebih sistematik tapi mengambil masa lebih lama berbanding dengan pesta buku tahun lepas.
Jumaat petang bertolak. Bermalam di rumah sahabat. Pagi esok tunggu sekuriti PWTC buka pintu. Kaut buku sebanyaknya. Bertolak pulang. Tapi..
Adapun kami tergolong dari kalangan orang luar yang kurang tidak mahir tentang simpang siur jalan raya kota raya KL.
9 pagi bertolak mencari bangunan UMNO. (sebab pesta buku di situ)
Kami jumpa dua batang rebung buluh gergasi.
Tapi kami tidak jumpa bangunan yang sangat tinggi dan besar yang ada tulisan UMNO di puncaknya.
Pukul 11.30am baru jumpa bangunan ni..
Dengan bantuan |Google Map| barulah hijab yang menghalang penglihatan terbuka..
Pergi gerai KarangKraf. Cari buku tapi yang banyak Cuma novel, majalah dan orang yang ingin mengambil gambar Tun Mahathir.
Suasana yang sempat aku ambil gambar. Suasana lain, aku sibuk jaga lengan dari disentuh. Bah bah bah
Majlis pelancaran buku baru Ustaz Pahrol, Beduk Diketuk. Seperti biasa, pengacara mengajukan beberapa soalan tentang Ustaz dan majalah solusi, orang yang Berjaya jawab dengan tepat akan dapat buku percuma, tandatangan ustaz, dan bergambar bersama ustaz. Aku tidak dapat. Titik
Masjid UPM. Tempat solat. Sangat luas. Tapi UTM tetap lebih hebat. Woha!
~Kalau ingin bercerita tentang pengalaman musafir, akan lebih banyak cerita tentang perjalanan bikan destinasi.
Kamsar, 24 April 2011, 1.58pm
Catatan:
1. Sempat bertemu penulis buku Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh, Kougar, Orang Macam Kita, Nota Hati Untuk lelaki, Novel Sultan Muhammad Al-Fateh dan Si Blogger Kampung (woha!)
2. Tidak sempat bertemu dengan Faisal Tehrani, Puan Ainon dan nama yang tidak disebutkan diatas.
3. Kebanyakan buku berasal dari gerai PTS. Dan dapat diskaun penulis 35%.
4. Seperti biasa, program ini terlalu sesak dengan orang. Jangan lupa pakai baju lengan panjang atau jaket.
5. aku update entri ni dengan komputer Perpustakaan UTM. jadi, keyboard pelik, menaip macam ***, tak boleh edit gambar, slow macam ***.
6. Ada soalan?
7 Perbincangan:
Pukul 11 laa..
Kau patut tutup aib pemandu. Aku bukan orang KL.
teringin gak nak jumpa penulis Si Blogger Kampung tuuuuuu!!!! :D
pjo: haha..mana ada aku bagitahu orang yang pemandu tu adalah kawuuu..
sm: silakan..dia boleh bagi autograf. tapi segan untuk bergambaruga..hua hua hua
penulisnya memang pemalu.
yolah
kahkahkahkah!
bukak laptop cari google map. macam tahi. sekarang gua dah taiko KL. cakap je nak gi mana. kah3
lu seeeeemmmbbbanggg ahh!!
Post a Comment