Wednesday, April 13, 2011

Kuasa kePEMIPINan Al-Fateh


626 Masihi

Peluh terus menitis. Tengkorokan terus bergerak sambil bibirnya berkumat-kamit berzikir. Tiada lagi air liur boleh ditelan. Tengah hari itu sangat panas untuk menggali parit yang besar. Tapi dia tidak merungut dan terus menggali berdekatan dengan seorang lelaki mulia yang mengikat perutnya beserta batu-batu kecil.

Tiba-tiba salah seorang sahabatnya datang mengadu kepada lelaki mulia itu. “ada sebiji batu besar yang menghalang penggalian”

Lelaki yang di sebelahnya tadi menghampiri batu tersebut dan meminta pemecah batu. Dia melihat lelaki tersebut dengan tekun. Kelihatan bibirnya membacakan sesuatu dan ‘pang!’. Batu itu retak selepas memancarkan api. ‘pang!’. Pukulan kedua juga beserta api dan memecahkan batu tersebut. Semua yang menyaksikan bertasbih.

Kemudian lelaki tersebut berkata “semasa api memercik pada batu tadi, aku telah melihat sesuatu”.

Dia semakin berminat dan mendekatkan dirinya.

Lelaki itu menyambung “Konstantinople akan jatuh ke tangan Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera. ”.

Dia yang mendengar dengan jelas sabdaan tersebut tersenyum sinis sedikit. Bukan kerana tidak percaya. Tapi dia memikirkan tentang keadaannya dan para sahabatnya yang sedang menggali parit untuk menghalang serangan musyrikin. Mereka hanya dapat bertahan. Mereka terpaksa menahan lapar dan dahaga. Hari itu sudah tiga hari mereka tidak makan. Dia risaukan isteri dan anaknya yang masih kecil. Adakah mereka akan selamat nanti?. Bilangan mereka sangat sedikit dibandingkan dengan tentera bersekutu kuffar yang beribu.

“AllahuAlbar!!”. Semua orang yang berada di situ sama-sama bertakbir

Dan dia tersentak dari lamunan. “jika yang berkata itu adalah baginda, maka betul lah”.

Dia tersenyum dan terus menggali..
(ditiru dari : Dia, mimpi & titik titik titik)

*****

Konstantinople adalah ibu Negara dan pusat Empayar Byzantine Selama lebih 10 abad. Sebuah tempat yang sering dikatakan mustahil untuk ditawan. 2/3 daripada sempadannya adalah laut. Di belakangnya adalah bukit. Dikelilingi dengan parit 10 meter dalam, 60 meter lebar. Dan dilindungi dua lapisan tembok setinggi 25kaki, 10 meter tebal dan 40 kaki tinggi, 15 meter tebal.

Bermula dari zaman pemerintahan Saidina Ali hingga zaman pemerintahan Sultan Murad 2, hadis nabi yang memuji pemerintah dan tentera telah tertangguh selama 800 tahun. Sehinggalah zaman pemerintahan Sultan Muhammad bin Murad 2 pada zaman Turki Uthmaniyyah, kerajaan Islam Berjaya membuka kota kebal Konstantinople yang juga bererti membuka ruang kepada pembebasan kawasan-kawasan Eropah yang lain.

Buku ‘Kuasa kepemimpinan Al-Fateh’ hasil kajian mendalam Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman merupakan sebuah buku yang mengupas sejarah seorang Raja yang dipuji oleh Rasulullah dalam Hadisnya. Hubunagan mereka dengan Allah dan hubungan mereka dengan manusia bahkan tawanan perang membuktikan mereka layak untuk mendapat gelaran tersebut.

Buku ini mengupas sejarah tersebut dari pelbagai aspek kepemimpinan dan bagaimana penggunaan IQ-EQ-SQ secara optimum mampu menjadikan apa yang sering dikatakan sebagai mustahil menjadi kenyataan. Sejarah besar ini perlu dihadam oleh setiap yang bergelar qiyadah, jundiyyah bahkan dai’e.


~Walaupun pada hari ini engkau mencapai kejayaan besar dalam sejarah, engkau dipuji sepanjang sejarah, namun biarlah aku satu-satunya manusia yang sentiasa mengingatkan engkau yang engkau hanya Hamba Allah. ~Syeikh Aq Syamsuddin
Kamsar, 13 April 2011, 10.00pm


Catatan:
1. Saya cadangkan Ustaz Syaari dibawa ke UTM untuk memberikan perkongsian.
2. Ilham tentang pembebasan Konstantinople berlaku semasa Rasulullah dan sahabat menggali parit. Manakala Ilham pembebasan kota Mekah berlaku dalam mimpi Rasulullah.
3. Soalan: mana Al-Fateh zaman sekarang?
4. Saya pernah dengar pengisian Ustaz Syaari. Memang mantop!.


Tajuk: kuasa kePEMIMPINan Al-Fateh
Tebal: 194 mukasurat
Penulis: Muhammad Syaari Abdul Rahman
Harga: RM17.10
Kedai: Badan Cemerlang Angsana, JB
Penerbit: PTS Millenia

2 Perbincangan:

Anonymous said...

Saya pun ada buku ni.

Lagenda said...

Bah. Tahniah tuan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code