Saya berblog semasa berada di tahun dua UTM hingga sekarang. Kalau
dulu ia hanya sekadar ruang untuk berkongsi pengalaman, luahan perasaan dan menyampaikan isu,
sekarang saya melihat blog ini sebagai satu medium yang lebih banyak kegunaannya. Maka saya menjadikannya juga sebagai medium untuk menyatakan pandangan berkaitan apa yang berlaku di Malaysia dan luar Negara. Malah blog ini menjadi medan dakwah umum secara tidak langsung sama ada sesama blogger atau pengunjung biasa.
Cuma satu perkara yang saya lambat tahu adalah blog juga sebenarnya boleh
membuat duit!. Untuk meletakkan iklan seperti Nuffnang dan sebagainya, tentu ia hanya berkesan kepada blog yang terkenal sahaja. Tapi ada satu lagi cara bagaimana blog ini boleh menjadi medium untuk membantu kewangan seseorang terutama sekali untuk mereka yang ada produk untuk dijualkan.
Buku Si Blogger Kampung karangan bersama Zamri Mohamad dan
Hafizul Hilmi (kawan aku! Wakakaka) berkongsikan bagaimana sebuah kampung yang mandom akibat kegiatan ekonomi yang bersifat ‘
kampungan’ bertukar menjadi sebuah pusat
perniagaan dan pelancongan yang pesat di Melaka gara-gara seorang budak Bandar yang memperkenalkan ‘Blog’ kepada sepasang kembar kampung yang hidup susah.
Saya tertarik dengan jalan cerita novel ini kerana ia mengandungi ilmu perniagaan dan jalan penceritaannya hampir sama dengan kampung tempat tinggal saya (kecuali pantai sebab kampung saya tiada pantai).
~
Saidina Uthman mampu menjadi orang kaya Madinah dengan hanya bermula dengan seekor kambing dan seutas tali di tangan.Kamsar, 30 April 2011, 10.24am
Catatan:1. Serius. Latar kampung tu hampir sama dengan kampung aku2. Idea dalam novel ini boleh pakai.3. Aku seorang pem’blog’ dan orang kampung4. Novel ni aku beli dengan diskaun penulisTajuk: Si Blogger Kampung
Tebal: 198 mukasurat
Penulis: Zamri Mohamad dan Hafizul Hilmi
Harga: RM14.00 – 35%
Kedai: PWTC: Pesta buku antarabangsa KL
Penerbit: PTS Professional
3 Perbincangan:
latar kampung ni memang betul2 wujud. KAmpung Pokok Mangga memang ada di Melaka, tepi pantai.
mcm best..maw cri la.. ^^
order ja dengan pengomen atas tu.
Post a Comment