Sunday, July 7, 2013

Terusir


"Sungguh sahabatku... barang sesuatu apabila berada dalam tangan, kecacatannyalah yang nampak, setelah dia lepas dari tangan, barulah ingat akan baiknya..."

Seperti cerita biasa novel dan filem Melayu, Seorang isteri yang baik dihalau dari rumah lantaran fitnah. Seorang isteri yang tidak lagi diterima oleh suami kerana dalamnya paku kebencian yang ditanam oleh ahli keluarganya sendiri hanya kerana cemburu. Plot yang berkembang laju, pengakhiran yang menyentuh hati.

Tapi apa yang membezakan novel karangan Buya Hamka ini dengan novel biasa adalah jalan ceritanya yang panjang mampu dipadatkan dalam sebuah buku yang sangat nipis bagi kategori novel. Bukan itu sahaja, beliau turut memuatkan nasihat yang berguna kepada pembaca di dalam novel ini. Jadi, nevol 122 muka surat ini sebenarnya mengandungi sebuah jalan cerita yang sarat dengan pengajaran dan juga nasihat seorang penulis kepada pembaca.

Gaya penulisan novel ini lebih kepada sang penulis bercerita kepada pembaca malah turut diselitkan perasaan penulis ketika ingin menggambarkan suatu kejadian yang sangat penulis runsingkan. Jadi, pada pendapat saya, menceritakan situasi tersebut di dalam novel ini pun penulis sudah risau, agaknya melakonkannya di layar perak bukanlah idea yang bernas. Pada pendapat saya lah...


Tajuk: Terusir
Tebal: 112 mukasurat
Penulis: Prof. Dr. Hamka
Harga: RM12.50 – 10%
Kedai: Badan Cemerlang, Angsana Johor
Penerbit: Pustaka Dini
Entri Lain: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijc, Teguran Suci & Jujur Terhadap mufti Johor, Lembaga Budi, Bohong di Dunia, Lembaga Hikmat.
...

2 Perbincangan:

amaL said...

"Tapi apa yang membezakan novel karangan Buya Hamka ini dengan novel biasa adalah jalan ceritanya yang panjang mampu dipadatkan dalam sebuah buku yang sangat nipis bagi kategori novel."

It is so true! As i go trough reading the book it was as if a man sitting in front of me and pour his story. And upon completed reading the book, air mata duk berjujuran especially the part when the mother dpt kiss forehead anaknya yg juga seorg peguam. Owh that moment menusuk btol.

dlm penulisan novel HAMKA, often the way he wrotes he deeply understood women's feeling as if he is the woman in the story. So deep and pure. Semoga Allah memandang amalan buya HAMKA dlm mendidik melalui penulisannya.

Lagenda said...

Amiin.. Betul tu Bro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code