Sunday, November 14, 2010

Lembaga Budi

Lembaga budi: Perhiasan Insan Cemerlang

“di pandang sia-sia dan kurang akal orang yang melompati api yang sedang menyala. Dipandang kurang akal orang yang melompati ombak besar yang membahayakan bagi jiwa. Manusia biasa tidak mahu mengerjakan itu, dan binatang tidak mahu pula berbuat demikian. Kerana tidak ada yang lebih mahal di dalam hidup ini daripada hidup itu sendiri. Tetapi menjadi keutamaanlah melompati api yang sedang menyala jika hendak menolong seorang anak yang terkurung lantaran rumahnya sedang terbakar. Menjadi kewajipanlah melompati ombak besar untuk menolong seseorang yang sedang tenggelam. Terpandang rendahlah atau dikatakan tidak berperi kemanusiaan orang yang lengah dan lalai dari kewajipan itu”

Masalah akhlak. Moral runtuh. Masalah sikap. Kerosakan sistem pemikiran manusia. Dan banyak lagi masalah yang sebenarnya berpunca daripada masalah budi. Manusia tercari-cari penyelesaian untuk masalah mereka. Ada yang mencadangkan hukuman penjara bagi si miskin yang mencuri. Ada yang mencadangkan pembinaan sekolah khas bagi si perempuan yang mengandung anak luar nikah. Ada yang mencadangkan saman bagi ‘beruk’ yang memandu di jalan raya. Tapi sedikit yang melihat dan mencari masalah pokok kepada semua masalah itu. Masalah budi..

Prof Dr. Hamka menulis sesuatu yang amat bermakna saya kira. Ada orang kata, dalam binatang tiada manusia. Tapi dalam manusia ada binatang. Hamka pula berkata, beza mausia dan binatang adalah segala gerak geri manusia timbul dari dalam. Manakala binatang pula adalah sebaliknya. Beliau cukup mengambil berat tentang masalah budi manusia pada zaman sekarang. Buku ini membincangkan seputar masalah budi manusia, budi yang rosak, penyakit budi dan sifat budi beberapa orang yang mempunyai peranan penting dalam masyarakat termasuk pemerintah, doktor, peguam dan penulis.

Buku ini sarat dengan peringatan untuk semua kelompok manusia. Dengan membacanya, anda mampu tersenyum sendiri!. Seolah-olah Buya Hamka berada dihadapan anda dan menyampaikan peringatan beliau dalam sebuah halaqah usrah. Alangkah indahnya golongan yang hidup sezaman dengan beliau. Tidak hairanlah mengapa bapa saya sendiri meminati beliau.


Sifat dalam bekerja seorang pengarang

Pengarang, iaitu yang dapat mengeluarkan fikiran dari budi bahasa dan buah penanya. Ada pengarang buku ilmu pengetahuan, ada yang mengarang di surat khabar, ada yang biasa dinamakan wartawan, ada pengarang syair dan hikayat yang biasa sekarang dinamakan sasterawan.

Semua kita kumpulkan di dalam nama ‘pengarang’.

Seorang pengarang yang bermutu ialah yang luas pengetahuannya tentang bahasa bangsanya, sebab dengan bahasa itu dia akan menyampaikan seruannya pada pembacanya. Seorang pengarang mengetahui tatabahasa, rasanya, rahsianya, halusnya, dan kasarnya. Setelah diketahuinya dan didalaminya, lalu menjadi darah dagingnya, masuk ke dalam seluruh tulang sumsumnya. Ditambahnya pengetahuannya, dicukupkan alat perkakasnya buat ilmunya, pengalamannya, pergaulannnya, dan lapang pula dadanya. Kaya simpanan otaknya. Lidahnya fasih keterangannya jelas, memiliki gaya tersendiri yang menjadi keperibadiannya, tidak sukar mencari perkataan untuk menyatakan sedih dan rayunya, riang dan gembiranya.

Teguh pendiriannya, segala perbuatannya dapat dijadikan contoh menjadi guru bangsanya, pendidik budi pekertinya, pemajukan kecerdasannya....


Penutup

Ketika terjadi kemalangan kereta api yang dasyat di Padang Panjang pada zaman Jepun, ramai orang takut dan mula menaiki bas. Setelah dua kali jatuhnya kapal terbang Dakota di Tanah Jawa pada 1961, ramai orang takut nai kapal terbang. Tapi hairan, tidak ada orang takut tidur di atas tilam yang tebal sedangkan lebih ramai orang yang mati di atas tilam tebal itu. Orang yang berpengetahuan banyak akan berkata, “banyak lagi yang saya belum tahu”. Wlm

~budi manusia tidak dapat dilihat. Tapi apa yang anda lihat pada manusia adalah cerminan budinya~
Kamsar, 14 november 2010, 11.16pm


catatan:
1) Banyak kesalahan tidak dapat dihukum mengikut undang-undang seperti tidak membalas budi orang!
2) Ada saudagar berkata:”jangan menangguk di air keruh. Padahal di air keruh mana boleh dapat ikan”
3) Saya kongsikan sifat pengarang di sini untuk rengungan blogger semua..penulis zaman sekarang?
4) Buku yang hebat!

Tajuk: Lembaga Budi, perhiasan insan cemerlang
Tebal: 224 mukasurat
Penulis: Prof. Dr. Hamka
Harga: RM17.50
Kedai: Buku Kak Amma. Tibai dari rumah..ngee..
Penerbit: Pustaka Dini

0 Perbincangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code