selamat memuntahkan ilmu di atas kertas peperiksaan kepada semua
ari ni aku nak cerita tentang beberapa ciri blog yang sangat annoying
mungkin ada orang lain yang rasa benda tu ok
tapi aku tetap tak suka
untuk berjalan2 di dunia maya, aku mesti bukak blog aku dulu
pastu aku akan tengok semua link yang ada di sebelah kanan blog ni
tapi aku bukak blog yang updated jak la
blog yang baru aku jumpa automatic akan dimasukkan dalam ni
tapi untuk yang aku kenal jak la. Beserta dengan nama sebenar
nama samara, mintak maaf..
aku akan bukak semua blog tu di new tab banyak-banyak
tapi kesannya..
1) Tulisan extra small
aku bukan apa lah kan. kadang-kadang ada orang yang bukak blog ni untuk mencari maklumat penting. kalau hari tu dia dah berdepan dengan banyak bahan bacaan, mata mesti letih beb. jumpa pulak blog kau yang memerlukan kanta pembesar untuk baca, menangis darah lah budak tu nak baca. lagi satu, kadang ada orang bukak blog ni untuk lepaskan tekanan kerja seharian. kalau jumpa blog yang tulisan kecik nak pengsan ni, agak-agak apa perasaan dia?.
2) Ejaan
aDeR saTuE bl0G, tuEl!esan d!eR, mAk a!h! saKiT PaLer dOWh nAk bAceW. AgiE 1, Die tAk lEtiH kEw nAk TaiP cAM tUe?. AKuE bUekAn ApA lEw. TApI aGaRk2 lAh gEnk!. ApeW mAklUmaRt PowN aQ X dApAt..
3) warna
lagi satu masalah mata, kaler la. kalo guna kler yang lebih kurang macam background macam mana nak baca? biasanya manusia melihat berdasarkan kepada warna dan cahaya. bukan haba!.
4) berat
kes yang berat ni bukan macam kren. kalau masalah laptop tu yang memang slow tak apa tapi memang blog dia beart nanag. nak load satu hal. orang dah scroll 10 round baru dia nak gerak. kalau nak tyr, cuba save page tengok berapa size file tu berapa. antara penyebab benda ni terjadi adalah iklan, hiasan super banyak, link sana sini, ada bunga berguguran, cursor lagi jadi katun dll.
5) iklan
antara kegunaan orang buat blog adalah untuk menyampaikan maklumat. Lagi 1, kalau kita nak scroll, kita kena pastikan window internet explorer atau Mozilla berada di tempat paling atas (kalau tak paham, tanya). Semua ni memerlukan untuk klik sesuatu pada blog anda. tapi apa terjadi, maka keluarlah sesuatu yang ntah apa2. Contohnya adalah widgeo, iklan dll yang menjadikan tumpuan kita terganggu. aku x pasti sama ada anda dibayar untuk benda ni atau tak.
6) Muzik
Setiap kali kau bukak laptop, aku mesti pasang lagu. Ikut mood aku masa tu lah. Kadang-kadang aku bukak lagu in-team (nur kasih). Kadang-kadang lagu lenka (trouble is a friend). Kadang-kadang lagu linkin park (in the end). Kadang-kadang lagu maher zain (for the rest of my life). Kadang-kadang dengar muzik kitaro. Kadang muzik sentimental. Kadang instrumental. Kadang lagu negaraku. Ok, yang last tu aku tipu. Jadi, kalau aku bukak blog yang ada lagu jugak, dalam 10 blog, kan huru-hara jadinya. Akhirnya aku kena cari satu2 blog yang bising tu then tutup terus. Tak payah baca.
7) skroll bawah jauh tak tau mana post
kadang ada blog yang kita tak dapat bezakan mana post dan mana yang bukan post. semua letak di atas. follower nak tunjuk ramai, letak atas. shout mix letak atas. ruangan iklan forex nak letak atas. dah skroll sampai setengah page baru jumpa entri. tajuk dia, "apa aku nak makan hari ini?"
kesimpulan
jadilah penulis blog yang pandai memahami perasaan pembaca anda. bukan nak kata aku pandai. bukan. cuma nak gtau perasaan aku sebagai orang yang bukak blog anda.
~nothing is perfect except Allah. But you can be a "good" and a "better"~
kamsar, 10 november 2010, 4.56pmkonsep dan idea: cursingmalay.blogspot.com
Catatan:
1) ni sekadar pendapat peribadi aku. berdasarkan sifat aku, ni yang aku tak suka
2) mungkin kita berbeza pendapat. jadi, boleh bincang di sini
3) blog aku pun bukan apa2 pun. jadi, sebarang kritikan amat2 dialukan
4) sebagai pemblog, pastikan anda tahu siapa MAD'U anda.
5) nombor di atas hanya sekadar nombor. bukan ikut urutan.
6) entri kali ini aku nak cuba ikon baru aku. sebelum ni guna onion MSN jak. tapi ada orang ajak guna crazy rabbit dll. jadi aku nak cuba try!
18 Perbincangan:
hahah blog ku agaknya gambar2 tu lambat tak loading? pasal lagu pulak memang kena letak untuk diriku mendengar sebab malas nak bukak winamp.. sapa yang tak suka tutup telinga ngehehe..
best perkongsianni.. =)
salam...
sya setuju..stiap orng lain2 citarasa lain2..^_^, btw, tgurn yg +ve,syukran
Salam,
setuju...dan rasanya macam terkena juga pada blog sendiri...
salam. tak tahu nak kata apa. jangan terus tukar lepas hanya melihat pandangan saya. tanya pemblog lain jugak. mungkin citarasa mereka lain dari yang lain..
WO.. apa yang pasti... blog aku terbaik dari ko, yang banyak makhluk kecil yang always "annoye" me :p
well, do agree.. pernah da buat entry pasal ni.. tapi, ndak se-detail ko punya la.. heh.. apa pun.. aku ndak suka blog ko kaler kelabu biru klassik ni.. sakit jugak mata membaca.. prefer putih cam kertas.. mah mah mah
salam..
suka post kali ni.. hihi.. terasa pn ade gak.. rse2 klo lagu kt blog org len tu memekak je, silentkn laptop n pkai mp3 or gne hp je.. kn sng..
psl ejaan tu, mmg annoying gle bce ejaan mcm tu.. tp klo pkai short form bole je phm kn? hihi..
to khairunnisa= makhluk kecik tu annoying?? mne de.. suke la tgk makhluk2 tu.. mcm2 gaye.. comel sgt.. hahaha.. xpenah lg tgk blog org lain yg wat mcm ni.. makhluk2 tu wat lg interesting nk bce.. kre mcm membntu pembacaan la.. hak3..
warne blog plak.. ok pe warne kelabu tu.. xkn nk warne terang je stiap mse.. cthnye blog sy.. hehe.. saket mate gak tgk terang2 je.. skali skala tgk blog yg warna biasa2 dpt melegakan mata gak.. fuh..
salam....
SETUJU!!!
wlm
1) pasal onion MSN
~ok lah tu. natang tu pun bukan selalu keluar. tgk tajuk gak la. kalau annoy, tu orang tua jak tu..hehe
~makasih cahaya kemudahanku. memang memudahkan aku
2)pasal kaler background
~kalo kita pakai yang terlalu terang, sakit mata woo..lagi2 yang bukak laptop di tempat gelap. macam di fakultiku
~makasih cahaya kemudahanku. memang memudahkan aku
3) pasal cahaya kemudahanku
~apakah nama anda?
~adakah saya kenal?
ces!! sempat lagi.. mentang2 ada orang back up kali ni =_=.. ndak pa...
terussssssss..... blah~
salam....seronok dapat bc entry kali ni...mcm2 yg sy dpt...bgs2...
to lagenda pejuang Islam..
sudah terang lagi nyata nama sy tertera kt stu.. cahaya kemudahanku.. that's my name.. tp in malay.. klo nk dlm arab, pndai2 la translate sndri ye.. hihi..
i don't know u n u don't know me.. but sy penah nmpak kot kt utm.. ala.. utm ni kecik je lor.. haha..
DSK: bhee..
SM: ok
CK:baheklah
~semoga bermanfaat ^_^
blog sy ok kot.
tulisan saiz normal
gambar ckit je.
xde iklan.
meh, akak linkkan ke latest entry akak..:)
blog saya mengannoyingkan anda takk??
http://aszwani.blogspot.com/
sokong sgt2 psl lagu tu.. haha
haswani: tepuk dahi tanya akal
nohfee: bereh. undi lah saya
Post a Comment