Ceritanya bermula pada tahun
1511 masihi. Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pimpinan
Albuquerque. Sebelumnya, Melaka adalah negeri yang sangat hebat. Rakyatnya taat kepada Islam. Namun, semasa kedatangan Portugis dengan tujuan peperangan, Melaka yang kuat secara zahir itu sangat lemah akibat sikap pimpinan dan rakyatnya yang tidak strategis dan kurang semangat jihad.
Nyemah Mulya seorang gadis 12 tahun yang menerima pendidikan agama, persenjataan, persilatan dan sebagainya adalah antara tokoh yang digelapkan oleh sejarah. Beliau berjaya mengubah sejarah. Memimpin pasukan tentera Melaka mematahkan kemaraan Portugis. Malah beliau meminta izin Sultan untuk berangkat dengan 100 bahtera perang berisi lebih 60,000 tentera untuk berangkat ke Lisbon. Dengan misi mengebumikan mayat Albuquerque yang dibunuhnya dan seterusnya menawan Portugal. Ia berlaku pada tahun
1515.
Jalan cerita novel ini amat menarik kerana menggabungkan beberpa latar masa yang saling berkait. 1511 adalah tahun Melaka diserang. 1515 adalah tahun kebangkitan kerajaan melayu Melaka. Dan tidak ketinggalan zaman moden di mana keturunan Nyemah Mulya, seorang sejarahwan terkenal yang turut memainkan peranan dalam menolong moyangnya dan membetulkan sejarah yang dipesongkan dan disembunyikan.
Strategi perangAntara sebab buku ini perlu di baca adalah strategi perang yang diceritakan oleh penulis dalam novel ini.
Makar adalah strategi perang yang sangat licik. Nyemah Mulya meminta Sultan menyebarkan
khabar angin dikalangan penduduk setempat bahawa tentera Portugis sudah berpecah belah. Satu golongan ingin pulang ke Negara asal kerana merasakan mustahil untuk menawan Melaka. manakala satu kumpulan lagi ingin meneruskan misi mereka. Khabar angin ini akhirnya sampai ke telinga tentera Portugis dan mereka benar-benar berpecah.
Musnahkan kemudahan yang dirampas. Salah satu strategi Portugis menawan Melaka adalah menumpukan serangan mereka di jambatan Melaka. Jambatan itu adalah penanda aras kekuatan tentera. Tertawannya jambatan tersebut akan memudahkan tentera naik ke darat, menyekat jalan utama keluar masuk Melaka dan memudahkan tertawannya masjid Melaka. Oleh itu, Nyemah Mulya mengarahkan tenteranya mempertahankan jambatan tersebut habis-habisan dan mengarahkan supaya
membakarnya jika ia jatuh ke tangan musuh. (ia diaplikasikan oleh Saddam Hussain semasa Amerika menawan Iraq dengan membakar lombong minyak yang ada)
Pasukan berani mati. Tun Nyemah memilih beberapa ratus lelaki muda yang bersedia untuk mati syahid. Mereka dibekalkan dengan bahan letupan yang diletakkan di badan mereka. Misinya tidak mudah. Mereka perlu berakit ke arah kapal perang Portugis dan meletupkan kapal mereka. Sama ada meletakkan bahan letupan di kapal atau
meletup bersama-sama.
Memohon bantuan. sebaik sahaja dilantik menjadi ketua turus perang, arahan pertama Nyemah Mulya adalah menghantar seramai 6 orang
utusan untuk meminta bantuan tentera di semua
negeri jajahan Melaka dan seorang utusan terus ke pusat pemerintahan
Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah.
~
manusia dalam merancang masa depan perlu mempelajari sejarah (Ibnu Khaldun)
~kamsar, 19 mac 2011, 11.19pm
Catatan:1. Tun Nyemah ada meminta bantuan Adi Fimiyun, cicitnya. Tidak pasti sama ada meminta bantuan betul-betul untuk merancang strategi perang atau untuk membetulkan sejarah yang dipesongkan.2. Dalam suasana perang, sebak membaca. Terrrrharuuu… kalau lah betul semangat jihad orang melayu macam ni..3. Di hujung cerita, Adi pergi ke satu tempat dengan Prof. Nyemah dan bertemu seorang imam. Imam tu kata, dia Nampak Adi dalam mimpinya. Dan babak itu tiada kesinambungan.4. Buku lain Faisal tehrani: Bila Tuhan Berbicara, Tuhan Manusia, 1511H [KOMBAT], Detektif Indigo, Ikan Fugu, Lukisan & Jimson , dan Detektif Indigo Kembali.Tajuk: 1515
Tebal: 312 mukasurat
Penulis:
Faisal TehraniHarga: RM22.00
Kedai: MPH Jusco Taman Universiti Skudai
Penerbit: Utusan Publications & Distributors SDN. BHD
2 Perbincangan:
dh 3 bulan beli buku ni...x hbs2 lg aku bce..adoi..
haha..petanda buruk..
Post a Comment