Saturday, November 20, 2010

Korban, musafir, Kelantan

“Musafir adalah salah satu bentuk tamrin yang hebat!”

klik gambar untuk kenikmatan berganda..

Tahukah anda, jika anda bertolak menaiki kereta api dari kempas pada pukul 6.15am, insyaAllah anda akan samapi di Stesen Wakaf Bharu, Kelantan pada pukul 6.32pm. pada hari yang sama. 12 jam beb!


Inilah yang dikatakan musafir. Boleh saja aku beraya di UTM rimbun bernaung. ‘hampir’ majoriti kawan aku beraya di sana dan ramai kawan aku yang tinggal di johor. Tapi kenapa aku nak menyusahkan diri pergi tempat jauh untuk beraya? Siapa yang datang program ni pun belum pasti lagi.


Jawapan aku mudah. Sebab pengarah program buat di KELANTAN!.

ada apa dengan Kelantan?

Mula-mula sampai, aku dijemput oleh sahabat karib. Hafizul Hilmi/Pijo. Dia kata nak bawa aku pergi makan LAKSAM. Tapi tutup. Oleh itu, kami pun dengan segera sepakat dan muafakat bersetuju tanpa was-was untuk pergi ke RFC. Apa itu RFC? Maaf aku tak boleh cerita di sini. Maka beberapa ringgit pun melayang di sini..


Sampai di tapak program (hampir tengah malam), aku terkejut. Adakah ini program hari raya? Siap ada LDK dan presentation?. Woha?


Dipendekkan cerita, subuh menjelma. Jalan gi masjid berdekatan. Melihat budaya orang sana. Sedikit yang datang solat berjemaah. Mungkin kerana orang yang tinggal di situ memang sedikit. Tepi pantai. Kampung. Kenapa aku beranggapan begitu? Sebab bilangan orang solat subuh sama dengan bilangan orang solat maghrib di situ. Waaa.. kalau di tempat lain?

Usai solat subuh, sempat lagi berjalan di tepi pantai. Alhamdulillah. Aku masih sempat melihat matahari terbit pada pagi raya aidiladha. Pantainya sama sahaja seperti pantai tempat lain. Matahari yang aku lihat juga matahari yang sama. Ombaknya adalah dari air laut Cina Selatan. Bermakna, di depan sana adalah tanah aku!.



Salah satu benda menarik adalah modul yang diberikan. Satu modul yang aku belum pernah jumpa. Nama pun aku tak pasti. Tapi amat sesuai untuk dibuat bagi memberikan penjelasan tentang amal jamai’e dan peringkat ukhuwah yang pertama. Sangka baik.



Sempat singgah makan di satu tempat di Bachok. Aku terjumpa satu papan tanda tentang peringatan menjaga kebersihan. Sekali pandang, iklan seperti ini di Tawau adalah jauh lebih hebat dan beeesar. Link. Tapi tahukah anda, papan tanda ini meletakkan perkataan ‘ceria’. Percaya atau tidak, manusia lebih menyukai ayat seperti ini berbanding ancaman berupa denda dan sebagainya. Di bahagian atas adalah peringatan tentang etika semasa berjual-beli. Tanpa amaran. Tanpa meletakkan denda. Dalil dari Al-Quran sudah mencukupi.



Satu lagi papan tanda yang menarik adalah kempen tutup aurat. Ada orang melihat kempen ini sebagai membazir. Mereka kata, baik guna duit ini untuk kempen anti dadah. Kempen ‘kurang menggalakkan orang berzina’. Kempen berhati-hati di jalan raya. Tapi tahukah anda, dengan selesainya masalah aurat ini, banyak masalah lain turut selesai. Huraian? Boleh cari di tempat lain. Yang pastinya, anda lebih selamat dan selesa dengan pakaian menutup aurat.


Dan ini adalah teh tarik yang aku pesan di restoran. Rasa? Peh!. Manih leting. Tapi aku suka. Sebab aku suka manis. Walaupun aku tidak manis.



Kami sempat berjalan-jalan di sekitar Dataran Rehal (kalau tak silap). Kawasan istana. Melihat muzium dari luar, melihat istana dari luar, melihat meriam dari dekat. Haha. Yang penting aku sempat membeli sesuatu yang aku nantikan sekian lama..


Salah satu perkara yang mendorong aku untuk ke sini adalah kedai buku ajaib ini. Ruang luas. Penuh dengan buku. Aku siap bayangkan bagaimana aku berenang di lautan buku.. tapi semasa kami sampai di KB pada waktu tengah malam, kedai ini tutup. Aku pergi awal pagi keesokan harinya. Ia masih tutup. Aku berjalan-jalan di sekitar KB sehingga aku sampai semula ke situ. Ia masih tutup. Aku buat pusingan kedua. Masuk MyDin. Tengok kedai lain dan datang semula ke sini. Ia masih tutup. Aku tunggu, ia masih tutup. Aku bertanya kepada seorang penjaga keselamatan di situ, dia kata kedai ni akan buka pada hari ahad kerana hari Raya. Aku senyum... Jaffar Rawas... rupanya di atas papan tanda kedai ini ada tuliasan jawi. Pa..alif..sin



Semasa berjalan-jalan, aku sempat menjenguk ke pasat Siti Khadijah. Rasanya pasar Tawau lebih besar. Tapi pasar ni ada jual serunding daging. Sedapp..nama pasar ni pun sedap..



Hari yang sama, perjalanan diteruskan ke KL. Buat kali pertamanya dalam hidup, aku berseorangan di KL mencari jalan pulang ke Skudai. Mereka kata, aku kena naik LRT hingga ke Masjid India. Sampai di Masjid India, aku melihat sekeliling seperti satu tempat yang ada sejarah dengan aku. Teringat semasa 3 tahun lepas semasa aku ke sini, terdapat sebuah kedai buku. Yang aku ingat, kebanyakannya adalah buku dari Indonesia, kitab lama dan dia akan bagi diskaun secara automatik tanpa diminta. Maka duit aku pun dihakis di sini.. selepas membayar dengan kad bank, aku menuju ke stesen LRT dalam keadaan puas hati..



Ini adalah salah satu buku yang aku tidak sanggup beli. Ambil, letak balik. Ambil, letak balik. Tak pasti berapa kali, akhirnya aku membuat keputusan untuk membelinya pada lawatan aku yang akan datang. Mungkin pada masa itu aku memerlukannya. Jika aku masih ada..


Perjalanan pulang cukup meletihkan. Tapi aku tak pasti kenapa aku tidak dapat tidur dalam bas yang gelap itu..



~Nikmat musafir bukan hanya pada destinasinya. Tapi juga pada perjalanannya~
kamsar, 21 november 2010, 1.01am


Catatan:
1. Tiada idea nak tulis apa. Sakit perut...
2. Ada orang kata, kita boleh kenyang dengan membeli buku
3. Terima kasih kepda semua yang terlibat dalam perjalanan aku..
4. Selamat hari raya Aldilfitri
5. Tajuk khutbah jumaat lepas adalah “erti sebuah pebgorbanan”

7 Perbincangan:

Cahaya Kemudahanku~ said...

ehm.. seumo idop ni xpenah lg bermusafir kt pantai timur, ape lg kt sabah sarawak.. klo nk bnding2 papan tanda besar ke x, melaka xyah ckp la.. usah nk bnding besar kecik papan2 nye, tak ade pn.. penah bermusafir kt melaka x? klo jmpa papan tnda ttup aurat kt melaka tu, stu nikmat yg besar.. haha.. xde lgsg.. sdih btol melaka ni.. bila abad la agaknye melaka akan berubah ye...

lagenda pejuang islam said...

ooo..jauh perjalanan luas tarbiyah. cuba la..
~kalau setakat papan tanda, baek xyah.
~ada rezeki boleh datang melaka. setakat ni x pijak lagi..

Khairunnisa said...

bheee..

1. Nek kereta pun 12jam... sandi jugak.

2. Macam dak ikhlas jak datang Kelantan..dak best alasan mu datang beraya ke LAMBAN :P

3. Aku ndak sempat tengok matahari pantai!!!

4. Papan tanda: Tawau siapa perintah? Kelantan siapa perintah? jadi, balik cepat untuk sama-sama perbaiki apa yang patut.

5. Ko memang dak manis.

6. Lain kali, beli serunding 1 kilo!

7. Rupanya, separuh buku di tapok dalam beg... yang dak best di tangan... =_=

8. Tak kenal maka ta'aruf; lau mau, sound-sound... pakcik yang jual tu geng aku Hi Hi Hi.

9. Tak dapat tidur dalam gelap? dengkuran siapakan dari kerusi hadapan???

10. Terima kasih

lagenda pejuang islam said...

jawapan ikut nomor!

1. tahukah anda, tayar kereta dan kereta api sungguh jauh berbeza? bising yang tiada absorber. dan bayangkan kalau anda tiada tempat duduk di kereta api beberapa jam. mcm mana?

2. mana ayatku yang bolang ndak ikhlas? bhee

3. xpa..anda bukan harapan!

4. balik tawau untuk tukar papan tanda?

5. sebab aku bukan makanan!

6. pastu ada pulak orang bising..

7. bukan kutapok ya. aku beli di KHell.

8. ndak percaya. aku tgk pak cik tu baik jak

9. sapa di depanmu?

10. sama 2kali.

Khairunnisa said...

Jawapan ikut suka!

2. ada. carik sendirik.

3. Jadi? terima kasih. Memang pun.

4. "perbaiki apa yang patut." bukan just papan, come on la fikir luas sikit :p

6. err.. bukan kau ka bising? kau bilang, rm5 cuma bole makan 2, 3 kali jak

8. Dak pecaya..suda. Pakcik tu ada buka booth di fak kami. Dan memang kedai dia ja ada jual buku-buku langsung dari Indonesia. Kadang-kadang dalam simpanan kedainya cuma ada satu atau dua naskah ja. Ada satu buku tu aku pernah dia minta sampai bebulan-bulan. Sebab lum ada bajet. (..napa panjang cerita aku ni?)

9. Aku tau la depan aku.. macam la aku ndak perasan depan+kanan (=_=)

Cahaya Sakinah said...

salam,
apa pengisian modul utk amal jamaie?

lagenda pejuang islam said...

dia ada bagi modul. pasal amal jamai'e tu ana simpulkan sendiri dari modul tu. panjang ceritanya. buat la program. t ana bg modulnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code