Rajah menunjukkan gambar sekumpulan burung yang sedang terbang dalam formasi “
V”. Setakat ni saya belum lagi melihat sekumpulan burung yang terbang dalam keadaan berselerak seperti kelawar. Jadi, apa kaitan burung dengan manusia?. Untuk mendapatkan jawapan dalam entri ini, anda perlu terlebih dahulu mengakui bahawa manusia perlu hidup berjemaah (berkumpulan) dan tidak mampu hidup berseorangan. Jika tidak setuju, sila nyatakan dalam ruangan komen..
Rintangan udara.Tahukah anda, libasan sayap burung yang berada di depan akan memberikan daya tujah untuk burung di belakangnya. Jarak penerbangan akan menjadi 71% lebih jauh dangan cara ini memandangkan rintangan udara yang dilanggar oleh burung akan berkurangan. (penjelasan paling mudah boleh rujuk dalam komik
TWINX#2)
Ini membuktikan bahawa kerja dan tujuan yang sama antara manusia sebaiknya dilakukan bersama-sama. Kerana ada beberapa perkara yang dapat dikongsikan semasa kerja tersebut berlangsung. Contoh mudah, jika Ali ingin membancuh segelas Radix koko dan segelas teh halia kurang manis, dan Abu juga ingin membuat perkara yang sama, adalah lebih effisien jika Ali membancuh 2 gelas Radix koko dan Abu membancuh 2 gelas the halia kurang manis. Setuju?
Futur dan kembaliJika salah satu burung terkeluar dari formasi tanpa sengaja, secara automatik ia akan merasa sukar untuk terbang. Dengan pantas burung itu akan masuk semula ke dalam formasi tersebut.
Gejala terkeluar dari kelompok adalah perkara biasa dalam kehidupan. Sama ada kerana bergaduh dengan kawan atau kerana masalah hati lain. Namun, bagi mereka yang sudah berada lama atau sudah terbiasa hidup dalam kelompok mereka, keluar adalah perkara yang sangat sukar. Segalanya perlu dilakukan sendiri. Dan yang paling penting adalah dia harus sedar bahawa
kelompok tersebut tidak perlukan dia tapi dia yang memerlukan ‘teman’.
KetuaJika burung yang berada di posisi paling hadapan berasa letih, ia akan terbang memutar ke belakang formasi dan burung lain akan menggantikan tempatnya.
Tidak dinafikan, menjadi pemimpin untuk sekelompok manusia dengan suatu tujuan adalah amat meletihkan. Semua perkara perlu difikiran dan dia akan menjadi orang yang paling penting dan sibuk. Oleh itu, AGM/muktamar diperkenalkan untuk
menggantikan pimpinan yang sedia ada dan memberi ruang untuk ahli lain memimpin kelompok tersebut.
Gambate!Burung yang berada dalam kumpulan akan mengeluarkan bunyi yang riuh dari belakang untuk memberi semangat kepada burung yang memimpin supaya halaju penerbangan dapat dijaga.
Untuk yang belum tahu, pimpinan sebarang organisasi adalah manusia seperti anda!. Yang memiliki emosi dan perasaan. Ucapan yang
positif dan membakar semangat amat perlu untuk merawat roh mereka yang letih.
“syahid”Jika salah seekor burung terjatuh sama ada cedera atau ditembak jatuh, beberapa ekor burung yang lain akan turut keluar dari formasi untuk menemani burung yang terjatuh tadi. Sama ada menolongnya untuk terbang semula atau menemaninya sehingga ia mati. Kemudian, kumpulan kecil ini akan membentuk formasi baru untuk mengejar kelompok mereka yang berada di hadapan.
Dalam gerak kerja, kita tidak dapat lari dari sebarang masalah sama ada desakan ekonomi atau penyakit. Oleh itu, sahabat-sahabat yang lain tidak boleh meninggalkan mereka begitu sahaja. Sokongan amat diperlukan dalam saat yang genting seperti ini. Dan ada orang berkata, “
Im always by your side!”
Hidup jauh dari jemaah umpama memutuskan hubungan dengan hidup~ kamsar, 30 november 2010, 11.47pm
Catatan:1. Im always by your side!2. Idea asal entri ini diambil dari laman “apakabardunia”3. Kadang kala, binatang lebih mahir menghargai sesuatu daripada manusia yang berakal.4. Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia5. Alam adalah ‘reservoir’ ilmu
3 Perbincangan:
salam.. wah... terbaik la!!!
serious best posting kali ni.. info baru yg menarik.. lebih menarik lg dikaitkan dgn ilmu2 n peringatan.. bgos2.. teruskan usaha..
bah!
alhamdulillah..ana paling suka entry ini..tahniah,teruskan perjuangan enta di lapangan sebenar.
Post a Comment