Kisah seorang lelaki kurang baik berkawan dengan gadis baik yang dihalalkan oleh kehadiran seorang kanak-kanak
PendahuluanDiceritakan, terdapat seorang lelaki yang soleh. Mengenali seorang gadis Kristian yang baik. Tapi berkahwin dengan wanita solehah yang juga baik. Akhirnya mengahwini juga wanita kristian yang baik itu. Sementara menunggu isteri solehah melahirkan anak, isteri Kristian jatuh sakit dan ditakdirkan meninggal dunia selepas mengucap dua kalimah syahadah.. suasana pilu menyelubungi. Hebatnya cinta sang suami
Al-kisah sa orang anak soleh yang sedang belajar di Mesir berbekalkan duit jual tempe. Diminati dua wanita islam. Satu solehah dan satu tidak solehah. Ditakdirkan semuanya bertemu di Indonesia. Bermulalah babak cinta antara mereka dan berakhir dengan perkahwinan yang membenarkan ayat Allah, wanita baik untuk lelaki baik. Mereka hidup bahagia dalam lingkungan ilmu di sebuah Pon Pes.
Seorang lelaki soleh yang sedang belajar di pesantren telah menjadi korban fitnah. Dibuang dengan hina dan akhirnya menjadi penyeluk saku. Kerana ingin menyelamatkan seorang gadis daripada tunangnya yang jahat, dia telah menemui hidayah dan menjadi mubaligh muda yang baik. Adapun adik kepada kiyai di pesantrennya yang dulu juga menyukainya. Istikharah pun berlaku di antara dua-dua muslimah solehah. Tapi pilihannya telah terkorban dalam satu kemalangan. Akhirnya dia memilih yang tidak terkorban. Happy ending full barakah.
So?
Siapa yang belum faham pendahuluan yang aku tulis, boleh rujuk hint di bawah.
Ok. Tutup cerita. Kita pergi kepada satu lagi filem. Tapi awas! Filem ini tidak diwar-warkan oleh ramai orang. Tidak seperti filem diatas yang diiktiraf sebagai filem wajib tonton. Filem wajib ambil iktibar oleh pencinta gerakan Islam. Namanya Sang Pencerah
Mungkin kisah percintaan lelaki ini biasa-biasa. Tidak perlu diduga dengan air mata. Hanya sekadar lamaran dan majlis perkahwinan yang biasa. Tapi ada satu lagi cerita yang lebih besar yang ingin disampaikan di sini.
Cabaran dakwah
Dengan latar masa akhir 1800 hingga awal 1900, Kiyai Haji Ahmad dahlan yang mendapat pendidikan awal di sebuah kampung di Jogjakarta melihat keadaan umatnya yang kuat mengamalkan Islam suka mengaitkannya dengan amalan khurafat lain.
Setelah bermusafir ke Mekah untuk mendalami Ilmu agama. Akhirnya beliau cuba membawa pembaharuan. Membuka tempat pembelajaran yang lebih sistematik. Membantu orang melarat dan membetulkan fahaman umat Islam setempat.
Keluarga
Kalau ingin dibandingkan dengan filem di atas, peranan seorang muslimat sebagai seorang isteri lebih ketara dalam filem Sang Pencerah. Walaupun tudungnya tidak begitu labuh.
Penutup
Akhirnya Kiyai Dahlan Berjaya menubuhkan perkumpulan Muhammadiyah sebagai satu gerakan yang berorientasikan Islam, pendidikan dan kebajikan.
~kalau kita tahu perjuangan ini benar atau tidak, kita tidak akan pernah belajar (Isteri KH Ahmad Dahlan)
Kamsar, 18 Mei 2011, 7.50am
Catatan
1. Bukan nak suruh tengok movie arr..
2. Latar masa filem ini agak lama. Jadi ramai kanak-kanak tidak berpakaian
3. Aku menanti filem Malaysia. Adakah tidak ada tokoh untuk dijadikan iktibar?
4. Kalau nak ambil iktibar dari filem percintaan islamik (peh!), tengoklah yang bermula dengan perkahwinan. Bukan ending baru nak kahwin.
5. Setiap orang ada komen masing-masing. Minta komen syiekh..whoa!
5 Perbincangan:
macam mana nak tengok cerita sang pencerah? ana cari dalam youtube takde pun...
kalau x jumpa, leh cari guna google.
specifickan site mana nak amek.
biasa kalau senang nak download, cari di mediafire.com
good luck
http://videotarbawi.blogspot.com/2011/05/sang-pencerah-full-movie.html
nak cari lah filem 2 ni semua..filem unsur Islam ni lah bagus ditonton kan..innsyaallah
jmput ke WADi
World of Ad-Dien (WADi)
terima kasih semua.. akhirnya jumpa lubuk mendownload. hahaha
Post a Comment