Ini bukan tayar motor aku
PengenalanPak Saad adalah seorang pak cik yang memberikan khidmat tukar tiub dalam UTM. Dengan motosikal EX5 (kalau tak silap), beliau berlegar-legar dalam UTM memenuhi panggilan mahasiswa UTM. Aku kagum dengan kesungguhan beliau.
Sekitar UTM dan Taman Universiti, ada banyak
kedai motosikal. Tauke-taukenya Nampak kaya. Mereka jual banyak motosikal dan komponen motosikal.
Pancit 1Dua semester lepas (setahun), tayar aku pancit. Aku
call Pak Saad. Dia datang tukar tiub. Dia kata, tayar aku dah rosak. Dah koyak. Kalau pasang tiub baru pun, nanti akan bocor lagi. aku belum jawab apa-apa, dia dah bagi cadangan sendiri. Dia potong tiub lama (yang bocor) dan gunakan untuk lapik bahagian tayar yang koyak. Dia kata, ini untuk lindungi tiub baru daripada tayar yang rosak nih. Aku guna dua semester dengan baik.
Pancit 2Baru-baru ni, motor aku pancit. Sebab aku guna dalam keadaan tayar kurang angin, berbonceng, dalam hujan lebat. Aku
call Pak Saad, dia tak dapat dihubungi. Aku dan
member yang motor rosak pergi ke kedai yang terdekat di luar UTM. Tauke tu cakap kena ambil motor tu guna lori.
RM20 charge untuk angkut. Aku
blah pegi kedai sebelah. Sebab dia tak ada pelanggan dan lori tak
available, dia hantar sorang mekanik pegi tengok motor kami.
dia pun tukar tiub. Alas tiub yang Pak Saad pasang hari tu dia buang.
Bayar Rm15 termasuk 5 ringgit charge dia datang.
Pancit 3Lepas tukar tiub, aku guna motor tu pegi café beli makanan. Kemudian
parking sampai petang. Dekat maghrib aku nak pakai, dah pancit. Aku tolak pegi kedai tadi suh pasang tayar tubeless.
RM65 paling murah. Aku mintak RM60. Dia kata ok. Pastu dia kata kepala tiub berharga RM5. Jadi semuanya
RM65. Mantap tak?
Pancit 4Lepas maghrib, aku pergi makan. Azan isyak, aku dan kawan pergi masjid solat isyak. Pancit lagi. aku bawak balik blok dan tanggalkan tayar. Hantar tayar pergi stesen minyak tapi pam rosak. Hantar tayar pergi kedai tapi kedai tu tutup. Aku hantar tayar pegi kedai sebelah. Tauke tu cakap, “
saya pam, cas 1 linggit. Kalau ada masalah, saya cas lain”. Aku geleng kepala sambil kata ok.
Dia pam. Kata ada kebocoran di kepala tiub. Maksudnya kena ganti kepala tiub baru (walaupun aku kata benda tu baru pasang tidak lebih 6 jam tadi).
Charge RM8 termasuk kos pemasangan tambah
RM1 untuk pam. Sebab udara di kawasan tu dia yang punya. Dia pasang kepala tiub baru, kemudian
check sama ada terdapat kebocoran atau tidak.
Penutup Akhirnya motor aku sembuh lepas berhempas pulas pasang semula tayar.
Aku tahu kalau ada kebocoran pada kepala tiub lepas dia pasang, dia akan betulkan pemasangan.
BUKAN TUKAR KEPALA TIUB YANG BARU.Catatan 1. Aku baru tahu pam tayar pun kena bayar2. Aku rindu Pak Saad3. Pelajar universiti mudah ditipu?4. Kapitalisme. Mana kedai motor MELAYU?5. Lepas ni jangan suh aku bukak bengkel pulak.kalau dah gila untung macam nih..ini bukan berniaga!. ini...ini...unnngggghhhh...ini konspirasi!
7 Perbincangan:
untung pakai motor.
tu lah,kedai motor melayu xde.
susah sekarang ni,kedai cine cas bapak mahal.
pjo: kah kah kah..
MK: btol btol btol
pakai kereta pun untung. sebab penumpang boleh tolong tidur.
haha..i like your statement
kenapa tidak lakukan bantahan di kedai motor tersebut?? Adakah En.kamsar seorang yang hanya menerima dan membangkang dibelakang?? Sy tahu En.Kamsar seorang yang sukakan kedamaian. Tapi sekali sekala perlu naik suara juga bah.
hmmm...mcm kenal ja cara menulis muslimat nih.
~bukan xnak buat bantahan. dah kedai tu tutup. nak buat macam mana.
~untuk yang pam tu, dia sebenarnya memang berhak mintak cas. walaupun kebiasaannya org x cas.
Post a Comment