Lagu tahun baru cina didendangkan sepanjang masa. Tapi ia tidak mungkin dapat mengganggu zikirku. Hatta kalau aku dibeli oleh golongan mereka sekalipun, aku pasti akan terus berzikir kepada penciptaku.
Tiba-tiba seorang pemuda beriman mampir. Dia membelek setiap satu daripada kami. Agak lama termenung, kemudian dia tersenyum seorang diri lalu mengambil aku dan membawa aku ke kaunter pembayaran.
Dia kata, aku dapat menyegarkan biliknya secara semula jadi. Menambahkan kepekatan oksigen malah mampu memberikannya inspirasi!.
Aku berusaha sedaya mungkin untuk menjadi besar, tinggi dan cantik.
Aku akur. Yang penting dia gembira.
Suatu hari, pemuda itu berkata, dia perlu keluar selama beberapa hari untuk pergi ke sebuah program. Aku akur kerana ia adalah program tarbiyah. Kata pemuda itu.
Untuk memastikan aku terus mendapat air dan cahaya matahari, pemuda itu meletakkan aku di luar bilik. Di celahan semak samun bersama dengan rumput-rumput lain.
Aku kesejukan. Aku ketakutan dan aku kesunyian. Hinggalah suatu hari, seorang lelaki garang datang bersama bilah tajamnya mencantas semua rumput yang ada termasuklah aku.
Dalam kesakitan, badanku kembali rendah seperti dahulu..
Berbekalkan sebuah akurium kecil yang tidak berisi, dua carik kain pengelap dan dua batang ais krim Moo, dia Berjaya membuat sumber air untukku secara berterusan.
Pemuda itu tersenyum puas.
Dengan sistem bekalan air yang dibuat untukku, aku kini hanya diperhatikan sebulan sekali. Itupun untuk menambah bekalan air.
Lebih-lebih lagi dia sudah ada teman baru yang lebih comel dari aku. Dia sudah ada sumber inspirasi baru. Aku diletakkan di sebelah tingkap. Bukan lagi di atas meja belajarnya.
Dia kata, dia mesti bagi hadiah dalam perjumpaan yang akan diadakan petang nanti. Tapi dia tidak tahu mahu bagi apa.
Kemudian pemuda itu memandang aku. Lantas mengambil gunting, gam dan pembalut hadiah.
Sambil tersenyum, dia berkata kepadaku. “nanti, awak akan dijaga oleh orang yang lebih penyayang. Mesti awak suka”
Tersentap perasaan aku pada masa itu. Adakah aku akan bertukar tuan? Siapa? Sanggupkah dia menjaga aku?
Tiba-tiba dunia menjadi gelap. Aku dimasukkan ke dalam kotak kecil yang dibuat sendiri oleh pemuda itu sebelum dimasukkan ke dalam pembalut hadiah.
Dalam gemuruh, aku dapat rasakan aku dibawa menaiki motosikal dan dibawa ke suatu tempat.
Aku hanya mampu menghidu bau tasik dan bau pokok ketapang selepas hujan lebat.
Apakah nasib aku selepas ini?
Siapakah tuan aku selepas ini?
Kamsar, 15 mei 2011, 1.24am
Catatan:
1. Kepada sesiapa yang berkaitan, sila jaga pokok aku dengan baik
2. Azam hidup pokok sangat tinggi!
3. Ini entri untuk diri sendiri. Maaf kalau rasa terbuang masa lepas baca entri ni. Pasni aku buat yang berisi..

1. Kepada sesiapa yang berkaitan, sila jaga pokok aku dengan baik
2. Azam hidup pokok sangat tinggi!
3. Ini entri untuk diri sendiri. Maaf kalau rasa terbuang masa lepas baca entri ni. Pasni aku buat yang berisi..

0 Perbincangan:
Post a Comment