Wednesday, May 11, 2011

Kisah budak final year: part 3

Ini adalah kereta yang paling selamat di dunia. Sila lihat bentuk hadapan kereta ni.

Entri aku pasal PSM pada part 1 sudah menceritakan tentang betapa pentingnya memilih tajuk PSM yang mempunyai kebaikan untuk Islam. Part 2 pula menceritakan tentang bahaya kenderaan. Antara tempat yang paling banyak meragut nyawa manusia adalah jalan raya. Tapi manusia tetap menggunakan kenderaan di jalan raya.


Tentang kemalangan

Sumber: JKR Malaysia

Di Malaysia, jumlah kemalangan meningkat setiap tahun. Kenapa? Rasanya semua ada pendapat sendiri. Ada yang salahkan kebangangan pemandu malah ada juga yang salahkan jalan raya buatan perasuah. Dari graf, jumlah kematian meningkat sebab jumlah kemalangan meningkat. Tapi kalau tengok nisbah kematian kepada jumlah kemalangan, nilainya sebenarnya menurun!. Kenapa? Kerana Allah… dan salah satu asbab adalah teknologi kereta kita semakin selamat untuk digunakan. Maksud aku secara keseluruhan bukan kereta Nasional. Wahahaha..


Bumper kereta

Siapa tak tahu apa itu bumper kereta, anda ada dua pilihan. Sama ada pindah rumah dalam hutan atau pergi tanya pakcik Google dan datang balik sini dan teruskan baca.

Aku ada teka teki. Antara kereta yang keras (tak boleh remuk) dan yang lembut (mudah remuk), mana yang lebih selamat? Jawapannya..

Ada orang jawab yang keras sebab penumpang dalam kereta akan selamat daripada terhimpit dalam kereta yang remuk.

Ada orang jawab yang lembut sebab remukan (ada ka istilah ni?) kereta akan mengurangkan impuls yang dikenakan terhadap penumpang.

Jawapan aku adalah tengah-tengah. Tidak terlalu tembut dan tidak terlalu keras. Itu gunanya tesis aku yang mencari parameter optimum bumper kereta tu. Dan part yang best adalah aku hanya perlu buat simulation.

Kesimpulan
Aku harap kajian aku ada kaitan dengan pembangunan ilmu kejuruteraan dalam bidang solid mechanics. Mungkin satu hari nanti kadar kematian akan menjadi sifar di jalan raya. Kurangkan kadar kemalangan, bagi orang lain fikir. Bhaaahahaha..

~Life without responsibility is empty. Every day I woke up with a purpose. (Clark Kent)
Kamsar, 11 Mei 2011, 10.22pm

Catatan
1. Semoga PSM aku bermanfaat
2. Keputusan PSM 4 kredit aku dah keluar. Alhamdulillah..
3. Belum jilid PSM!. Bla aku nak balik rumah nih.
4. PSM: Projek senyum memanjang
5. Tak faham, tanya

Lampiran

Video di bawah adalah 3 jenis kemalangan ngeri… aku tak paksa kamu bukak. Kalau muntah jangan marah. Kalau senyum, wajib komen!.






Kelajuan membunuh!. Mampu membunuh anda dan keturunan sekaligus.

Awas!. Kalau jumpa kereta ni, sila jauhkan diri anda..

No komen

Nak komen jugak. Tapi terlalu banyak.

4 Perbincangan:

NORA BELLA said...

Salam
pembuatan kereta memerlukan ketelitian dalam pemilihan bahannya.oleh itu pengetahuan mengenai bahan y sesuai sangt2x diperlukan.

- budak meki bahan -
:)

Lagenda said...

yap. betol. haha..xnak kalah.

untuk automotif, bahan yang digunakan mestilah thin-walled structure sebab ringan dan kuat.

bahan apa? tu serah dangan budak bahan. tapi untuk crushing response, pengaruh modulus of elasticity agak rendah berbanding geometry. (kalau PSM hamba betul lah..)

NORA BELLA said...

selmat ber`post graduate`
jgn lupa kapal dalm botol
syukron

Lagenda said...

bereh boh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code