Friday, May 6, 2011

Koleksi Komik-M

Kalau plural, komik-komik-M @ komik-M-komik-M @ komik-M-M

Masa sekolah dahulu, aku adalah orang yang paling malas baca buku. Tambahan lagi kalau buku yang hanya ada tulisan. Tulisan yang kecil. Bulu yang tebal. Bahasa yang tinggi. Peh!

Kali pertama aku kenal komik semasa sekolah rendah. Kawan aku bawa pergi sekolah. Dia hadiahkan aku beberapa hari sebelum dia minta balik. Volume pertama komik Dr.Slump karangan Akira Toriyama. Siapa Akira ni? Dialah orang yang buat Dragon Ball. Maksud aku cipta kartun Dragon Ball. Bukan sebab dia orang Nameck. Komik Dr.Slump menceritakan tentang seorang genius, Sinbe Norimaki yang mencipta robot kanak-kanak bernama Arale Norimaki. Apa yang menarik adalah idea tentang rekaan barangnya berteknologi tinggi. Komik ni komik lama. Tapi tahap pemikiran penulis tentang teknologi sangat jauh kehadapan!.

Robot kuat yang comel

Tapi, macam biasa lah. Kalau baca komik, mesti diertikan sebagai budak yang tiada masa depan. Suka buang masa. Meracun pemikiran. Malas belajar dll (memang malas pun). Aku pun baca komik sembunyi-sembunyi dalam bilik yang berkunci. Daripada kawan aku tu, aku terus meminjam komik Dragon-Ball, suruh dia lukis Goku dll.

Salah satu episod dalam cerita Dragon Ball, Goku pernah jumpa Arale. Kenapa? Ikut suka hati Akira lah!

Bila aku dah masuk UTM (umur tak patut baca komik), ditakdirkan aku pergi ke Pesta buku antarabangsa KL 2010. Di situlah jodoh aku ditemukan dengan komik-M. Aku tidak lah tertarik sangat dengan komik masa tu. Cuma aku terpandang ayat pada kulit komik Takaza#1.

“kau tak berjumpa kerana kau tak mencari”

Ayat yang biasa disebutkan oleh para dai’e. Aku terus ambil satu. Dan aku sempat juga ambil komik Misi 8A dengan niat nak bagi adik aku (tapi dia dah derma dengan pusat sumber sekolah. Bhee..).

Lepas itu, barulah aku ketagih dengan Komik-M. setip kali aku pergi kedai buku (di BADAN sebab ada diskaun 10%), aku hanya beli satu walaupun dia ada 3 siri (seperti Twinx).

Kalau orang tanya apa beza komik-M dengan komik tak guna yang lain?. Aku tak tahu macam mana nak jawab. Rasanya orang tu perlu baca dulu baru dia jawab sendiri soalan tu. Wlm.

~Tidak akan kamu berperasaan gundah gulana walaupun sekali jika kamu tahu apa yang dicari (Kartini)
Kamsar, 7 Mei 2011, 9.20am

Catatan:
1. Bagi blogger, tak semua mad’u (pelawat blog anda) sanggup bagi masa untuk baca entri tazkirah yang panjang. Apa kata gunakan komik?
2. Ayat dalam komik-M lebih skema. Ia tak rosakkan bahasa.
3. Dari cerita cinta budak sekolah hinggalah cerita peperangan robot di masa depan. Semuanya ada unsur Islamik. Motivasi dan dakwah.
4. Secara purata, baca 1 komik-M mengambil masa 45 minit.
5. Komik-M adalah antara koleksi buku aku yang paling banyak orang pinjam.

Tajuk: Komik-M (Twinx, Takaza, Dear Yayah, Dunia Kartun, Lawak Orang Bujang, Misi 8A, Kartini, Aku Kau & Facebook
Tebal: Tak tebal. haha
Penulis: Kartunis Komik-M
Harga: RM6.90 (sebelum diskaun)
Kedai: banyak kedai
Penerbit: PTS Komik-M

0 Perbincangan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code