Dalam misi pertama, bilangan kotak aku sudah mencecah 5 kotak A4. Belum termasuk buku yang masuk dalam ujian. Aku pergi ke pejabat pos untuk survey kos penghantaran. Terima kasih kepada kakak kaunter kerana menasihati aku agar beratur dengan elok, masuk barisan dengan laluan panjang yang disediakan walaupun masa tu hanya ada dua pelanggan termasuk aku. Hatta lampu trafik merah pun kita kena berhenti walaupun tiada kereta. Betul kan.
Untuk laluan laut:
RM7.50 untuk 1 kilo yang pertama.
RM 1.50 untuk 1 kilo yang seterusnya.
Maksimum untuk satu kotak = 30 kilo
Contoh: kotak 3kilo = RM7.50 + 1.50 + 1.50 = RM 10.50
Ok. Aku ada 5 kotak buku (setakat ni). Dan aku nak ‘sail’ kan semua barang aku yang berat. Dan salah satu benda berat yang aku jumpa adalah..
Niat asalnya memang aku mahu bawa balik semua. Aku dah kumpul selama empat tahun aku ada di sini. Dan bukan cara aku menjadi seorang yang memecahkan tabung. Whoa!. Tapi berat tetap berat. Aku terpaksa.
~duit bukan segala-galanya. Tapi segala-galannya memerlukan duit. (mantan bendahari PMIUTM)
Kamsar, 8 Mei 2011, 9.03am
Catatan:
1. Agak-agak berapa juta aku dapat lepas tukar duit ni?
2. Aku tak ingat sejak bila aku mula menabung. Yang pasti masa kecil dulu aku menabung melalui mak aku. Dia yang simpan semua tabung dan berlumba dengan abang aku siapa punya tabung yang lebih berat.
3. Menabung boleh jai motivasi untuk orang yang ingin berhenti merokok. Kalau seminggu satu kotak = RM10, simpan duit RM10 seminggu. Maka anda akan gembira melihat tabung anda semakin gemuk!.
4. Masa di matrik, aku simpan syiling juga. Tapi setiap hujung semester aku dan roommate akan beli makanan dengan syiling.
5. Duit oh duit. Tahukah anda, orang yang nak bagi rasuah, mereka akan gunakan duit tunai. Bukan cek atau transaksi. Sebab manusia hebat akan lemah bila melihat duit.
2 Perbincangan:
kalau nak tukar pi cafe Pak Lah, bagitau agaran, dia akan bagi cash dalam masa kurang 1 minit.
hoho..aku xtau anggar. lagipun aku xnak cash sebab takut terbelanja orang nasik kukus pulak nanti
Post a Comment