Monday, May 9, 2011

Mari bersangka baik

sempena kertas ujian terakhir aku di bumi UTM

Cerita 1

Pada malam syawal tahun itu, hujan turun renyai-renyai. Bandar Metropolis Kuala Lumpur dipenuhi lampu neon dan pelita. Takbir raya bergema di beberapa tempat.

Di sebuah lorong gelap beberapa blok dari jalan Haji Taib, kelihatan sekujur mayat seorang lelaki muda dalam lingkungan 21 tahun. Kepalanya berdarah teruk kesan daripada pergaduhan dengan seseorang. Badannya dilumuri dengan arak. Bau busuk air kencing syaitan itu memenuhi ruang sekeliling. Tiada yang membantu. Dia keseorangan..

Cerita 2

Hari itu adalah hari ke-27 ramadhan. Hari jumaat terakhir ramadhan tahun itu. Malamnya cuaca agak suram. Tidak panas tidak sejuk. Ramai umat manusia beribadat kepada rabb-nya. Tidak kurang yang mengisi malamnya dengan ibadah sunyi sahaja.

Seawal subuh, tok imam pergi ke masjid Jamek untuk menunaikan solat tahajjud bersama rakan-rakan lain. Itu adalah kebisaan mereka di akhir 10 ramadahan. Apabila lampu dibuka, mereka melihat sekujur tubuh lelaki muda dalam lingkungan 21 tahun sedang sujud di tempat imam. Badannya wangi semerbak minyak atar kasturi.

Usai solat sunat tahajjud, imam dan rakan-rakan ingin mengambil keberkatan bersahur pula. Tapi pemuda itu masih dalam posisi sujudnya. Tidak berganjak seperti terbuai dengan kenikmatan menghambakan diri kepada Allah. Setelah beberapa lama, barulah mereka tahu bahawa pemuda tersebut telah dipanggil kembali ke rahmatullah..

[jeda]

Baiklah. Cerita ini diceritakan oleh Ustaz Hasrizal dalam program motivasi beliau di UTM anjuran Lujnah Kebajikan PMIUTM. Lalu beliau memberi teka teki yang berbunyi.. “kuek kuek”. Eh, itu bunyi itik. Bunyi soalannya adalah,

“antara dua orang tersebut, siapa yang masuk syurga?
Kami menjawab dengan semangat, “lelaki 1!”
Beliau senyum lalu melanjutkan soalan, “siapa yang masuk neraka?”
Sudah ramai yang mula rasa pelik dengan teka teki ini terutama sekali mereka yang setia membaca artikel beliau.
Sebahagian menjawab, “lelaki 2!”

Baiklah anak-anak, siapa kita untuk menilai manusia sama ada dia layak masuk syurga atau neraka? Cerita sebenarnya adalah begini..

Cerita 1

Pada malam syawal tahun itu, hujan turun renyai-renyai. Bandar Metropolis Kuala Lumpur dipenuhi lampu neon dan pelita. Takbir raya bergema di beberapa tempat.

“haiii.. mana lah budak bertuah ni.. dah maghrib tak balik-balik lagi” Mak Tam mengeluh menantikan anak sulungnya yang suka merayau di Kuala Lumpur.

“ tak apa mak, biar Iman yang pergi cari abang Long. Iman tahu mana dia pergi” pujuk anak bongsunya
“baiklah. Tapi hati-hati tau. Dan jangan balik lambat tau”
“baiklah mak”.

Dan pada malam itu juga, polis menjumpai mayat seorang lelaki muda dalam lingkungan 21 tahun. Kepalanya berdarah teruk kesan daripada pergaduhan dengan seseorang. Badannya dilumuri dengan arak. Dipercayai dipukul dengan botol arak oleh abangnya sendiri. Berdasarkan siasatan, mangsa telah dipukul oleh abangnya setelah menegur sikap abangnya yang derhaka kepada ibu mereka.

Cerita 2

Pagi itu, masjid Jamek dipenuhi dengan orang kampung. Beberapa orang awam membantu polis mengalihkan jenazah lelaki muda dalam lingkungan 21 tahun yang sedang sujud di tempat imam. Badannya wangi semerbak minyak atar kasturi.

Semasa jenazah dialihkan, mereka menjumpai beberapa batang pemutar skru, sepana boleh laras dan beberapa botol minyak wangi di dalam poket beliau. Hasil siasatan mendapati bahawa mangsa telah meninggal dunia akibat terjatuh dari tempat tinggi semasa cuba mencuri penyaman udara masjid yang terletak di atas tempat imam. Mangsa juga turut mencuri semua minyak atar waqaf di masjid tersebut.

~Tamat~

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan. (Hujurat: 6)

Catatan:
1. Sila bersangka baik
2. Lakukan sesuatu yang boleh kamu kawal. Bukan hanya melihat kepada hasilnya
3. Mari bersangka baik. Whoa!

Lampiran:

Gambar untuk melatih bersangka baik.

Kalau tengok gambar bahagian bawah, memang Nampak macam orang parking kereta tanpa menggunakan otak. Tapi ada cerita di sebaliknya.

Orang baju biru itu tidak sengaja. Saya ulang, TIDAK SENGAJA!

Orang semakin tidak thiqah kepada jemaah yang datang ke masjid. Kesian..


Komputer mempunyai tahap sangka baik yang sangat tinggi. Ia langsung tak mengutuk akak dalam gambar tu.

sangka baik dengan brader depan tu, tak sangka dia tak baik. Whoa!


No komen. Sangka baik pun ada tahapnya. Betul tak?

3 Perbincangan:

Sunah Sakura said...

okehhh...gambar last tak boleh blah! hahahaha~

bersama kak Es said...

semua gambar sangat tak boleh blahh..

fuhhh!!
terus follow lah :)

Lagenda said...

bah bah bah blah!. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kamsar bin Muhamad Bahron



Aku orang biasa.

Buat benda biasa.

Blog aku biasa-biasa.

Aku suka menulis tentang benda biasa.

Tapi aku akan jadi Lagenda!.

bah bah bah



Pra-Sekolah - Tiada

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Menengah Kebangsaan - Sains Tulen

Kolej Matrikulasi - Sains Fizikal

Universiti - Kejuruteraan Mekanikal

KILANG - Maintenance



AHLAN WA SAHLAN


thelegend88


kepala otak kau!

ada soalan? ~i'm always by your side!!

"SUDUT KRITIK"

SUDUT INI MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK MENGKRITIK BLOG INI SESUKA HATI MEREKA.. KALAU NAK YANG LEN, BAGI KAT BAWAH..

TIDAK BOLEH :

-BERKATA KESAT

-MEMUJI

-MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

-MENGIKLAN

MENGAJARKAN ILMU ITU SEDEKAH

Kaunter Pukul

MUST SEE

Blog Unik

Kawan-kawan UTM

Rakan-rakan Lain

CAPAIAN

Followers

Template by KangNoval & Abdul Munir | blog Blogger Templates
HTML Free Code